Aedes Atasi Dengan Bela Ikan Puyu
Aedes Atasi Dengan Bela Ikan Puyu
Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Tengah rilek-rilek terbaca satu artikel mengenai kaedah menggunakan ikan puyu bagi mengelakkan pembiakan nyamuk aedes.. Dan rasanya elok kalau dikongsikan dengan anda.. Mungkin ianya dapat membantu mencegah denggi dan juga Chikungunya
..
Mungkin bagi pengemar ikan sudah pasti kelazatannya tergambar dalam fikiran manakal bagi pemancing sudah pasti keseronokan tarikan ikan tersebut menjadi ingatan dalam kotak memori.. Dan bagi penternak sudah pasti gambaran RM yang terbayang dalam kepala .. Lebih-lebih lagi dengan kaedah yang diwar-warkan oleh individu tentang kaedah bagi membendung wabak denggi..
Cukup dengan melalut.. Saya kongsikan sedikit petikan melalui artikel dari akhbar Sinar Harian..
” Bagi membendung wabak denggi, salah satu usaha yang dilakukan adalah dengan melepaskan sebanyak 1,000 ekor anak ikan puyu ke dalam takungan di beberapa kawasan kediaman dan premis perniagaan untuk mengatasi pembinaan nyamuk Aedes ………………………………. Program sebegini dikatakan terbukti dapat membanteras pembiakan nyamuk Aedes … Ikan-ikan ini akan memakan jentik-jentik sebelum ia menjadi nyamuk Aedes…. “
Wah idea ni agak baik untuk dilaksanakan di kawasan takungan air.. Saya juga terasa nak menggunakan ikan puyu tersebut untuk diletakkan di perigi rumah saya…
Selain tu dikatakan bahawa ikan puyu elok dibela bagi mengelakkan sihir.. Betul atau tak , Wallahualam..
Cerita lain pasal Puyu :-
Ternak Ikan Keli & Puyu
Rahsia Ikan Puyu