Posts Tagged 'Kasut Bola'

Vol. 03 Menentukan Saiz Kasut Kulit

Sering kali terjadi kasut yang dipakai menjadi ketat. Tak muat. Puncanya adalah kesilapan memilih saiz kasut ketika membeli kasut dahulu. Kasut yang tidak muat dengan sempurna selalunya memberi kesan ‘stress’ kepada kaki. Melecet, tumit pecah, kulit kaki menjadi keras adalah antara kesan yang mungkin dihidapi akibat dari memakai kasut yang tidak sesuai dengan saiz kaki.
Adalah penting untuk mencuba kasut yang ingin dibeli agar sepadan dengan saiz kaki. Jangan sekadar bergantung kepada tanda saiz yang terdapat pada kasut tersebut kerana kadang-kadang bentuk kasut itu tidak sesuai dengan kaki anda.

Penting juga ketika anda mencuba kasut dengan memakai stokin yang akan anda gunakan bersama kasut tersebut. Dengan itu, saiz dan keselesaan kaki anda dapat ditentukan. Sekaligus memberikan keselesaan kepada anda bila anda memakai kasut itu kelak.

Ketika mencuba, pastikan anda dalam keadaan berdiri gaya orang sedang berkawat. Dengan keadaan kaki yang tidak bengkok, gerakkan hujung jari anda beberapa minit untuk menentukan tahap keselesaan. Pastikan juga terdapat ruang di antara jari dan hujung kasut.

Berjalan beberapa ketika semasa mencuba kasut tersebut. PAstikan yang ia betul-betul selesa dan muat. Kasut yang sempurna saiznya adalah kasut yang melekap penuh pada kaki tanpa ada ruang antara kasut dan kaki yang terlalu longgar atau terlalu ketat.

Kasut kulit merenggang? Itu fakta yang kurang jelas. Kebanyakan kasut kulit mudah mengecut dan tidak merenggang untuk membentuk mengikut bentuk kaki. Kasut yang muat, selesa dan sempurna harus bermula dari awal pembelian. Ingat. Kasut yang pendek akan terus kekal pendek. Tiada cara untuk merenggangkannya.

Jika kaki anda jenis lebar, anda juga perlu memastikan kaki anda selesa dengan kelebaran kasut tersebut.

Akhir sekali, yang paling penting. Anda tahu fungsi asal dan keperluan anda membeli kasut tersebut. Anda membeli kasut tersebut untuk apa? Mungkin untuk tujuan formal atau mungkin juga untuk tujuan santai.

Selamat jumpa lagi.

Stamina Lelaki >> klik sini <<

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...