Posts Tagged 'Cara Semai Benih Sawit'

Perosak Tanaman Kelapa Sawit

Kumbang Merah Palma (Rhynchophorus ferrugineus Olivier) atau lebih dikenali sebagai Red Palm Weevil (RPW) merupakan perosak tanaman yang serius dan berbahaya.
Kini, ia didapati menyerang tanaman kelapa serta berpotensi merebak dan mengancam industri kelapa sawit negara.
Ancaman kumbang merah palma ini perlu dibendung dengan segera kerana industri kelapa sawit menyumbang RM50 bilion setahun kepada ekonomi negara.
Kumbang Merah Palma yang tergolong dalam order Coleoptera dan famili Curculionidae dipercayai berasal dari Asia Tropika dan dilaporkan telah menyerang tanaman di beberapa buah negara lain seperti Afrika. Eropah, India (1891), Teluk Arabia (pertengahan tahun 1980-an), Sepanyol (1994), Perancis (2006) dan kini dianggap perosak paling merbahaya bagi tanaman kurma di Timur Tengah.
Malah, Kumbang Merah Palma berkemungkinan memasuki negara ini melalui anak pokok kelapa pandan yang dibawa masuk dari Thailand dan kemasukan pokok kurma bagi tujuan tanaman landskap yang dibawa masuk secara tidak sah tanpa memperolehi sijil atau permit import.
Kitaran hayat kumbang ini biasanya bermula daripada kumbang betina yang bertelur pada umbut pokok, pangkal pelepah atau pada luka-luka yang terdapat pada pokok. la boleh menghasilkan lebih kurang 250 telur pada satu-satu masa.
Simpton awal serangan Kumbang Merah Palma antaranya, pucuk pokok menjadi layu kekuningan, keringdan akhirnya mati.
Larva yang mengorek keseluruhan dalam batang akan menyebabkan pelepah atau batang pokok patah dan akhirnya pokok mati.
Sekiranya terdapat simpton-simpton seperti di atas atau menunjukkan tanda- tanda serangan Kumbang Merah Palma, para pengusaha kelapa dinasihatkan segera melaporkannya kepada Pejabat Pertanian berdekatan untuktindakan pengawalan dan pemusnahan.
Bagi menangani pengawalan Kumbang Merah Palma ini, pendekatan secara Pengurusan Perosak Bersepadu (IPM) yang mesra alam perlu diambil.
Pemantauan dengan menggunakan feromon merupakan pendekatan kawalan yang baik dan sesuai dipraktikkan di ladang- ladang kelapa atau kelapa sawit di mana feromon ini diletakkan 30 meter antara setiap perangkap. Para pengusaha dinasihatkan agar membersihkan kawasan, memotong dan seterusnya dibakar bagi menghapuskannya daripada terus merebak.
Kaedah kawalan alternatif yang boleh digunakan adalah dengan menyembur racun serangga seperti diazinon, carbaryl atau nurelle atau siram racun pada silara bagi kawasan pokok kelapa yang rendah. Jabatan Pertanian menasihati para pengusaha industri tanaman kelapa atau kelapa sawit supaya mengambil langkah- langkah pencegahan awal bagi menggelakkan kadar kerugian yang tinggi di kemudian hari.

Ubat Sesuai atasi masalah >> klik sini <<

 

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...