Posts Tagged 'Cara menyuburkan Sperma'

Cair Atau Pekat Air Mani Tidak Pengaruhi Kesuburan


Kandungan air mani terdiri daripada cecair seminal yang dihasilkan di kelenjar prostat dan sperma yang dihasilkan di buat zakar (testis). Untuk memastikan kesuburan lelaki, ia dinilai daripada bilangan dan kualiti sperma iaitu daripada pergerakan dan bentuknya. Bagi tujuan tersebut, ia hanya dapat diamati melalui penggunaan mikroskop.
Mustahak untuk lelaki itu menjalani ujian air mani beberapa kali dalam masa sebulan jika mahu mengetahui kedudukan sebenar profil spermanya. Analisis air mani lazim akan lebih menyeluruh memandangkan ia dinilai daripada isipadu, tempoh pencairan,pH dan seumpamanya.
  1. Isipadu Air Mani – lazimnya antara 2 hingga 5 ml. Jika isipadu air mani terlalu sedikit, secara logiknya jumlah keseluruhan sperma di dalamnya juga sedikit sahaja.
  2. Bilangan Sperma – lazimnya melebihi 20 juta ekor bagi setiap mililiter air mani. Kadangkala doktor menggunakan istilah ‘kepekatan’ air mani bagi tujuan memudahkan pemahaman pesakit walupun sebenarnya ia bermaksud bilangan sperma.
  3. Mutu Pergerakan Sperma – lazimnya lebih 50% sperma yang bergerak. Tahap pergerakan juga turut dinilai seperti pergerakan laju ke hadapan dan seumpamanya.
  4. Bentuk  Sperma – lazimnya lebih 50% seperma berbentuk normal. Ada sperma yang ‘cacat’ misalnya mempunayai 2 kepala.
Kesimpulannya, air mani yang elok mempunyai isipadu di antara 2 hingga 5 ml, bilangan sperma melebihi 20 juta/setiap ml isipadu air mani, serta lebih 50% spermanya mempunyai pergerakan dan lebih 50% spermanya berbentuk normal.
Jika dilihat daripada satu faktor seperti bilangan atau kepekatan air mani pula, ada air mani yang sedikit isipadunya kurang daripada 2ml tetapi bilangan spermanya pula sangat banyak, ini sesuatu yang baik. Ada air mani yang mengandungi sedikit sahaja sperma walaupun isipadu air maninya sangat banyak melebihi 5ml, ini dinamakan oligospermia.
Ada juga air mani yang banyak dan pekat tetapi tidak mengandungi walaupun satu sperma, ini dinamakan azoospermia. Ia berhubung kait dengan masalah air mani yang cair dan sedikit. Terdapat beberapa punca berlakunya masalah ini:
  • Kehadiran Varicolcele – Vericolcele adalah keadaan di mana saluran vena dalam kerandut zakar membengkak. Keadaan ini akan meningkatkan suhu dalam kerandut zakar. Ini kemudian akan menjejaskan penghasilan sperma. Dalam jangka masa panjang, ia akan mengecilkan buah zakar serta menyebabkan kemandulan.
  • Kerosakan pada saluran sperma – ia boleh berlaku akibat infeksi dan trauma pada buah zakar.
  • Kehadiran antibodi kepada sperma – Masalah sistem imunisasi ini akan menyebabkan seseorang menghasilkan antibodi kepada spermanya sendiri. Antibodi ini bertindak membunuh sperma yang dihasilkan.
  • Masalah penghasilan sperma – ini termasuk masalah genetik dan hormon.
  • Saluran sperma tersumbat.
Ubat Kesuburan lelaki   >> klik sini <<
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...