Posts Tagged 'Cara kembalikan Dara'

Dara Dan Teruna Persoalan Timbul Selepas Berkahwin

CARA KETAT FARAJ>>klik sini

WANGIAN PEMIKAT>>klik sini

GEL LAMBAT PANCUT>>klik sini

HERBA STAMINA ZAKAR>>klik sini

Untuk lelaki neomaskulin pula, persoalan tentang teruna atau dara mungkin tidak kita terlalu fikirkan, kecuali mungkin masanya sudah sampai untuk bernikah dan membina keluarga. Ketika itu, jantan yang paling berupa syaitan pun akan bertanya kepada calon isterinya sama ada wanita itu masih dara atau pun tidak. Walaupun mungkin si lelaki sudah berkali-kali hilang terunanya, dara seorang wanita tetap menjadi ketentuan.

Hari ini mungkin kita agak jarang mendengar persoalan teruna atau dara lagi kerana beberapa sebab. Mungkin kerana hal ini tidak lagi menjadi topik penentuan nilai seorang lelaki atau wanita. Atau mungkin juga sudah terlalu ramai yang bukan teruna atau bukan dara lagi apabila mereka bernikah dan membina keluarga.

Apa pun, untuk anda yang sedang membaca bicara kita bulan ini, adakah teruna atau dara seseorang masih penting untuk anda? Sebagai seorang lelaki dengan aspirasi neomaskulin pula, adakah mungkin anda mementingkan ‘dara’ pasangan anda? Adakah anda masih akan menjadikannya isteri yang sah walaupun mungkin dia bukan dara lagi?

“Awak Masih Dara Lagi?”
Persoalan yang sensitif lagi mengundang kontroversi ini tercetus apabila saya dilayangkan e-mel oleh seorang lelaki beberapa minggu yang lalu. Ketika itu dia dan tunangannya bakal melangsungkan perkahwinan mereka. Lelaki ini memberitahu saya bahawa dia masih teruna dan mempunyai latar belakang agama yang agak kuat.

Namun dia terdetik untuk bertanya kepada bakal isterinya tentang ‘dara’ wanita itu… Alangkah terkejutnya dia apabila akhirnya setelah berkali-kali ditanya, tunangnya akhirnya mengaku bahawa dia sudah tidak dara lagi.

Mungkin kerana dia benar-benar ingin berterus-terang atau mungkin kerana wanita itu ingin tiada rahsia lagi di antara mereka atau mungkin dia hanya inginkan simpati seorang lelaki yang bakal menjadi suaminya yang sah – wanita itu telah menceritakan segala-galanya kepada lelaki berkenaan. Sekali lagi jantung lelaki itu terhenti apabila si bakal isteri mengakui bahawa dia bukan hanya pernah ditiduri lelaki… tetapi kejadian itu telah berlaku beberapa kali! Bagaimana pula agaknya reaksi anda jika diberitahu sedemikian?

Akibat rasa ingin tahu yang terlalu kuat, lelaki itu bertanya soalan pembunuh kepada bakal isterinya. Hasilnya? Soalan pembunuh itu telah membunuh rasa hatinya kepada wanita berkenaan. Walau menangis air mata darah sekalipun, nasi sudah menjadi bubur. Dara yang hilang sudah tidak boleh diganti lagi.

Lebih menyayat hati, walaupun wanita itu nampaknya seperti benar-benar sudah berubah dan menyesali masa silamnya, sahabat neomaskulin kita akhirnya membuat keputusan untuk memutuskan tali pertunangan yang sudah diikat. Dia benar-benar tidak dapat memaafkan tunangannya. Kenapa? Kerana dia sendiri masih teruna.

Maklumat Lanjut >>

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...