100000 bermula dari 1

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, 3/11/2011 tarikh bermakna untu blog Denaihati apabila jumlah komen terkumpul mencecah angka 100,000. 100,000 bermula dari 1 dan semua sejarah bermula dengan…



[[ This is a content summary only. Visit my website for full links, other content, and more! ]]

Batu Tergantung Di Masjidil Aqsa Palestin

Gambar batu ini tidak benar

Tempat Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam Dimikrajkan

Ulama umumnya berpendapat Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bermikraj dari satu tempat di Baitulmaqdis yang disebut sebagai Qubbatul Mikraj (kubah tempat dimikrajkan). Tempat itu juga dikenali sebagai Sakhrah Baitulmaqdis.

1. Pengalaman Al-Imam Abu Bakar Ibnul ‘Arabi

Dalam kitab al-Israk wal-Mikraj oleh Khalid Saiyyid Ali di halaman 82, atas tajuk yang bermaksud ‘Tempat Nabi bermikraj’, disebut di bawahnya suatu penulisan (yang bermaksud): “Berkatalah al-Imam Abu Bakar Ibnul ‘Arabi, ketika membuat penjelasan (syarah) Kitab al-Muwattak oleh Imam Malik disebutkan, batu besar di Baitulmaqdis adalah suatu keajaiban Allah SWT.

“Batu itu berdiri sendiri di tengah-tengah Masjidil Aqsa, tergantung-gantung dan terpisah daripada semua bahagiannya dengan bumi. Tidak ada yang memegangnya, melainkan Yang Memegang langit, daripada jatuh menimpa bumi. Di puncaknya dari arah selatan, itulah tempat kaki Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wasallam berpijak untuk menaiki Buraq, di sebelah itu agak condong. Dikatakan kerana kegerunannya atas kehebatan baginda Sallallahu ‘Alaihi Wasallam maka batu itu tergantung, saya sendiri takut untuk berada di bawahnya, kerana takut batu itu menghempap saya kerana dosa-dosa saya. Setelah beberapa ketika kemudian, saya pun memberanikan diri dan masuk berteduh di bawahnya, maka saya dapat melihat pelbagai keajaiban. Saya dapat menyaksikan ia dari semua arah. Saya benar-benar melihatnya terpisah dari bumi. Ada arah yang lebih jauh terpisah dari bumi daripada arah yang lain.”

Inilah penulisan yang saya rujuk daripada penulisan seorang ulama besar yang dikenali dengan nama Ibnul ‘Arabi. Daripada sinilah timbul cerita demi cerita yang menyatakan batu tempat Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam tergantung-gantung. Itu adalah cerita dahulu. Ada sandarannya, ada catatannya dalam kitab-kitab yang berautoriti, termasuk daripada kitab yang saya sebutkan tadi.

2. Batu Terapung Pada Hari Ini Dari Pengalaman Dato’ Dr Haron Din

Ada pun mutakhir ini, saya sendiri berpengalaman, telah masuk dan melihat batu tersebut, yang sekarang tempat itu dikenali sebagai Qubbatul Sakhrah (kubah yang di bawahnya ada batu). Sekarang ini sudah berada di belakang daripada Masjid al Aqsa. Jika dilihat Masjid al-Aqsa, imam akan dilihat berada nun jauh daripada arah kiblat dan berakhir kawasan masjid dengan Qubbatul Sakhrah ini.

Batu tergantung yang sebenar di dalam Qubbatul Sakhrah

Meneliti Batu Terapung
Saya telah memasuki tempat ini, berpeluang melihat batu itu dan masuk ke bawahnya. Memang batu itu benar-benar wujud dan terletak di tengah-tengah bangunan. Gambaran sekarang ini, batu itu jika dilihat daripada bawah, seolah-olah seperti sebuah payung besar, seperti gua yang kita berada di bawahnya. Saya menganggarkan keluasan tempat itu, sebesar ruang solat untuk 20 atau 25 orang, jika untuk masuk bersesak-sesak boleh sampai 150 orang.

Para Jemaah Mengambil Kesempatan Solat Di Bawah Batu Terapung

Keadaan Berubah
Merenung batu itu dengan cermat, saya dapati ia sekarang terletak di atas fondisi konkrit batu yang kukuh. Di segenap arahnya berpijak ke atas fondisi itu dan tidak nampak pun ia tergantung seperti yang dijelaskan di atas. Semasa lawatan itu, saya kebetulan bertemu dengan Imam Besar Masjid al-Aqsa yang berada di situ, di samping pemandu pelancong kami. Mereka menyatakan memang dahulu batu besar yang macam payung itu tergantung-gantung.

Kegerunan Hati Manusia
Oleh kerana banyak pembesar-pembesar negara dan banyak pelawat-pelawat luar datang, mereka terperanjat dan amat gerun dengan keadaan batu itu, banyak yang tidak berani masuk di bawah batu itu, kerana takut tiba-tiba batu itu menghempap. Memandangan hal keselamatan penting dan mengelak daripada berlakunya berbagai tanggapan orang ramai ke atas keadaan yang unik itu, maka pihak berkuasa mengambil tindakan membina fondisi yang menyambung batu itu dari bumi.

Mengapa Berubah..?
Ketakutan pembesar-pembesar zaman ini samalah seperti yang dirasai oleh al-Imam Aku Bakar Ibnul ‘Arabi seperti dalam bukunya.
Maka atas itulah batu tersebut sudah tidak lagi kelihatan tergantung-gantung, tetapi ia menjadi seperti sebuah bangunan yang di bawahnya boleh dimasuki, ia kelihatan seperti sebuah batu biasa yang dapat dilihat. Wallahua’lam.

Yang Perlu Diketahui      >> klik sini <<

Menara Tertinggi Dunia Tokyo Sky Tree

Menara Tertinggi Dunia Tokyo Sky Tree

“Tokyo Sky Tree” akan muncul di kawasan Narihirabashi / Oshiage Sumida Ward, Tokyo pada tahun 2012. Mempunyai ketinggian 634m, menara ini akan menjadi salah satu yang tertinggi di dunia.

Pada bulan Julai 2011, penyiaran analog semasa berakhir dan peralihan lengkap kepada penyiaran digital telah dibuat .

Lima stesen komersial dan NHK mengambil ini sebagai satu titik tolak untuk memajukan ke arah persediaan penyiaran digital dari menara TV dengan ketinggian kira-kira 600 meter yang telah diputuskan di kawasan Sumida / Taito sebagai tapak untuk pembinaan menara tersebut.

Di samping itu, “penyiaran satu segmen,” bagi perkhidmatan penyiaran digital untuk peranti mudah alih yang dilancarkan pada bulan April 2006. Ia adalah ideal untuk mempunyai transmisi dari ketinggian yang tidak sangat terdedah kepada kenaikan-bangunan super tinggi  yang berdiri di ketinggian kira-kira 200 meter di pusat bandar Tokyo.

Harapan juga diletakkan kepada menara untuk menyediakan peranan menara yang dilengkapi dengan ciri-ciri pencegahan bencana.

Di kaki menara baru akan menjadi “bandar dengan sebuah menara” menjangkau kira-kira 400 meter dari timur ke barat, menyambung Oshiage Station dan Narihirabashi Station, dan meliputi kawasan seluas kira-kira 3.69 hektar.

Satu plaza rangkaian yang utama dari Stesen Oshiage ke lobi menara pada empat tahap kemudahan, tiga plaza di hadapan stesen dan di sepanjang Sungai Kitajukken, dan Shinsui Park akan membentuk satu persekitaran masyarakat di mana pelawat dan penduduk yang berhampiran akan berkumpul.

Terletak kira-kira timur 1 kilometer Asakusa – sebuah bandar yang penuh dengan suasana shitamachi (nama tradisional untuk kawasan Tokyo yang meluas dari Taito, Chiyoda dan Chuo wad timur Sungai Sumida di mana banyak pedagang, tukang, dan lain-lain berada) – dan kira-kira 2 kilometer timur laut Ryogoku – sebuah bandar yang terkenal dengan gusti sumo. Menara baru berdiri dalam zon pelancongan utama antarabangsa tradisional Jepun.

Ketinggian menara: 634m
Kemudahan: Observatory (Balai Cerap Pertama di Balai Cerap 350m dan Kedua di 450m), kemudahan penyiaran, kedai-kedai, restoran, dll.

Diolah Dari: Tokyo Sky Tree

Menara Tinggi Di Dunia        >> klik sini <<

Proton Saga FLX SE 1.6 Gaya Menarik Lebih Berkuasa

Proton Saga FLX SE 1.6 Gaya Menarik Lebih Berkuasa

 

Saga FLX SE pandangan hadapan Gambar Proton Saga Terbaru   Saga FLX SE 1.6L

Dalam usaha mengembangkan rangkaian model Saga, PROTON Holdings Bhd hari ini memperkenalkan kemasukan baru variasi Saga, Saga FLX SE, yang telah bersedia untuk menarik generasi muda di kalangan pembeli kereta.

Berharga RM49,449 dan digerakkan oleh enjin 1.6 liter Campro Intake Air-Fuel Module (IAFM), Saga FLX SE bertujuan memberikan pemilik kereta dengan prestasi yang lebih dan penjimatan dari segi pengunaan bahan bakar.

“Ia mengesahkan lagi Saga sebagai kereta pilihan ramai kerana kemampuan yang luar biasa dan nilai wang yang termasuklah penjimatan bahan bakar yang lebih baik, prestasi yang hebat dan pemanduan dan pengemudian yang cemerlang,” kata pengarah urusan kumpulan itu, Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir dalam satu kenyataan hari ini.

Saga FLX SE pandangan belakang Gambar Proton Saga Terbaru   Saga FLX SE 1.6L

PROTON berkata, kombinasi enjin 1.6-liter Campro IAFM dengan transmisi automatik transmisi boleh laras berterusan (CVT) memberikan antaranya pengurangan penggunaan bahan bakar dengan tambahan empat peratus berbanding dengan Saga 1.6 liter pada masa ini.

Berharga RM2,900 lebih tinggi daripada Saga FL automatik 1.6 liter pada masa ini, Saga FLX SE mengetengahkan perubahan lapan hiasan luaran dan tiga hiasan dalaman.
Syarikat itu berkata, sejak Saga dilancarkan pada Januari 2008, kini terdapat 274,469 unit Saga di jalan raya dengan PROTON menerima kira-kira 331,768 tempahan.

Saga terus kekal sebagai model jualan terbaik Proton setakat ini dengan purata 6,500 unit dijual setiap bulan.

Saga FLX SE dalaman Gambar Proton Saga Terbaru   Saga FLX SE 1.6L

PROTON mensasarkan menjual kira-kira 78,752 unit Saga dalam tahun kewangan semasanya yang berakhir 31 Mac 2012, di mana ia menjangkakan Saga FLX SE yang baru ini dijual di rantau ini sebanyak 500 unit sebulan.

Boleh diperolehi dalam dua warna pilihan; Putih dan Merah. Bagi Saga FLX SE didatangkan dengan jaminan tiga tahun atau 100,000km, yang mana terdahulu.

PROTON juga berkata, pengguna yang menempah Saga dan masih menantikan penghantaran boleh memilih untuk menukar tempahan mereka untuk mendapatkan Saga FLX SE di bilik pameran yang mereka buat tempahan.

Pembeli boleh melihat model baru ini di semua bilik pameran PROTON mulai esok. – Bernama

Saga FLX SE pandangan sisi Gambar Proton Saga Terbaru   Saga FLX SE 1.6L

Dapatkan Hari ini dgn hadiah menarik      >> klik sini <<

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...