Bersahabat Dengan Orang Jahat. Apa kata Hassan Al-Basri.

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat sahabat semua.

Orang jahat ada di sekeliling kita. Ramai tetapi lagi ramai orang baik. Kita nisbah seperti ini. Semua bayi orang baik. Semua kanak-kanak orang baik. Remaja ramai juga yang jadi jahat. Termasuk juga di peringkat dewasa. Cuma apabila umur melewati usia tua, semakin ramai yang berubah menjadi baik.

Dengan kata lain orang jahat ada di lingkungan umur remaja, dewasa dan di usia tua. Di peringkat bayi dan kanak-kanak 99% mereka adalah orang baik. Sebabnya di usia sedemikian mereka tiada keupayaan untuk berbuat jahat.

Rumusannya orang baik paling ramai di dunia ini. Kalau dinisbahkan mungkin 90/10.

Jahat pula ada 3 macam. Jahat dengan diri sendiri, jahat dengan orang lain dan jahat dengan pengaruh.

Jahat dengan diri sendiri.

Senang cerita mereka orang yang sengaja rosakkan diri sendiri. Ada yang jadi “doktor” tak bertauliah, teguk “air setan”, ketagih pil kuda, tikam nombor ekor, ketagih judi dan macam-macam lagilah benda yang karut-marut. Kalaupun mereka suami yang bertanggungjawab, punya tingkahlaku yang sopan dan tutur kata yang lemah lembut, layakkah mereka kita gelarkan orang baik-baik, walhal dalam masa yang sama perbuatan mereka dikutuk agama dan boleh memusnahkan diri mereka akhirnya. Kecualilah mereka bertaubat, barulah layak kita iktiraf mereka sebagai orang baik-baik.

Jahat dengan orang lain.

Ini yang sebetul-betul jahat. Hidup hanya tahu menyusah dan menganiayai orang lain. Biarpun mereka tidak jahat dengan diri sendiri, yakni tidak terlibat dengan gejala kurang sihat seperti di atas, mereka tetap bukan orang baik. Sebab kerana mereka, hidup orang lain jadi kacau bilau. Contohnya banyak. Rogol anak orang, culik anak orang, curi harta orang, pukul orang, simbah asid, rompak harta benda orang, bomohkan orang, bunuh orang dan banyak lagi.

Jahat dengan pengaruh.

Golongan ini lebih profesional. Mereka tidak rosakkan diri sendiri, juga mendatangkan kecelakaan kepada jiwa dan harta benda orang lain. Tapi dengan kuasa dan pengaruh yang ada, mereka boleh menzalimi orang lain secara halus.

Mereka ada pengaruh, kuasa, pangkat dan segala-galanya. Kuasa yang ada digunakan supaya orang lain patuh dan taat, tetapi pada masa yang sama, mereka yang cuba melawan tokey akan disusahkan dengan bermacam-macam cara.

Penyakit ini banyak berjangkit kepada orang besar politik. Dengan kuasa mereka – sehingga berjangkit kepada anak-anak buah mereka di peringkat kampung – pihak lawan dinafikan untuk dapat apa-apa bantuan. Orang-orang kampung didiskriminasikan secara halus. Mohon tanah, tanah tak dapat. Mohon baja, baja tak dapat. Mohon bantuan wang, wang tak dapat walaupun mereka lebih daripada layak.

Itu yang jahat separuh-separuh. Yang jahat tegar alias zalim, dengan kuasa mereka, mereka boleh jadikan pihak lawan merengkok di penjara, termasuk dipukul dan didera – fizikal dan mental, mengusir pihak lawan, menguatkuasakan undang-undang yang menindas rakyat dan lebih teruk lagi sampai ada yang tergamak membunuh mereka yang tidak bersalah. Ini seperti yang terjadi kepada Sa’id bin Jubair r.a, seorang ulama’ terkenal yang dibunuh kejam oleh Al-Hajjaj bin Yusuff ats Tsaqafi di zaman pemerintahan Khalifah Abdul Malik Bin Marwan.

Justeru, kita tidak boleh sekali-kali berkawan dan bersubahat dengan perbuatan zalim orang-orang seperti ini.

Tentang hal ini, ada seorang lelaki telah berjumpa dengan Hassan Al-Basri r.a. Orang ini bertanya ulama’ itu, “Ya imam, aku menjahitkan baju para pembesar negara yang zalim, sedangkan Allah Taala telah berfirman :”Janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang zalim yang menyebabkan kamu disentuh api neraka…” (Huud 113). Kerana itu wahai imam, apakah aku ini termasuk orang-orang yang cenderung kepada mereka?”

Imam Hassan Al Basri r.a menjawab, “Sesungguhnya orang yang menjual benang dan jarum kepadamu itulah yang condong kepada orang yang zalim, sedang anda tergolong orang-orang yang zalim itu!”

* Renung-renungkan dan selamat beramal.

Comments: 1 Comment

Keputusan Terkini Piala Malaysia – 18 September 2011

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat sahabat semua.

Keputusan Terkini Piala Malaysia – 18 September 2011

Kumpulan C
Kelantan (4) vs (0) Sarawak
Felda UTD (1) vs (1) Johor FC

———————-
Kelantan menebus aib tewas di tangan Felda UTD tempohari dengan membelasah Sarawak 4-0. Manakala Felda UTD mengekalkan rekod tanpa kalah apabila sekadar seri dengan Johor FC 1-1 untuk terus memimpin Kumpulan C dengan 10 mata manakala Kelantan di tempat kedua dengan 9 mata.

Comments: 1 Comment

Video Kelantan Belasah Sarawak 4- 0 Piala Malaysia 2011 / 18 September 2011

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat sahabat semua.

Rugi rasanya tak tengok Sarawak kena ratah 4-0 dengan Sang Kijang semalam! Sesiapa pun tak jangka. First half masih 0-0. Second half, sehingga minit ke 80, masih lagi 0-0. Kental betul pertahanan Sarawak. Ramai peminat The Red Warriors yang mungkin jangkakan peluang Kelantan ke suku akhir masih samar-samar kalau dibuatnya seri ataupun kalah last-last minit. Apatahlagi aib tewas di tangan Felda United 2-0 tempohari masih lagi belum kebas.

Namun, watak sang juara muncul juga 10 minit terakhir bila Kelantan tiba-tiba mengamuk dengan 4 gol pantas tanpa balas. Terima kasih kepada kapten Kelantan, Piya atas dua jaringannya yang cantik dan hebat.
Jom kita layan video Kelantan belasah Sarawak 4-0 , 18 September 2011.

Comments: 1 Comment

Mansuh ISA. Kenapa Akta ISA dianggap Kejam?

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat sahabat semua.

Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) mansuh! Macam tak percaya jer. Tak ada angin tak ada ribut tiba-tiba PM kita, Datuk Seri Najib umumkan akta tinggalan penjajah ini telah dimansuhkan berkuatkuasa serta merta. Akta lain, Akta Buang Negeri 1959 juga akan dimansuhkan termasuk beberapa akta lagi yang akan dikaji semula.

Siapa jangka PM kita sanggup mansuhkan akta kebal macam ISA ini. Hinggakan Presiden Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA), Datuk Zaid Ibrahim sendiri terkejut dan terpaksa meminta maaf kepada Perdana Menteri kerana sebelumnya beliau tidak yakin Datuk Seri Najib mampu lakukan perubahan besar dalam negara.

Kita ucap terima kasihlah kepada PM. Tak kisahlah apa tujuan dia pun. Sama ada kerana modal pilihanraya atau apa-apa, itu tidak penting. Yang penting akta yang dianggap kejam ini tidak lagi diguna dalam negara kita.

ISA memang wajar dimansuhkan. Patut dah lama akta ini luput dalam undang-undang negara. Bayangkan sejak 1960 lagi kita gunakan ISA. Maknanya dah 50 tahun kita masih gunapakai akta tak bertamadun ini. PM dah bertukar ganti seramai 6 orang baru kerajaan terfikir hendak mansuhkan akta ini.

Kenapa ISA dimomokkan sebagai akta kejam oleh pembangkang?

Sebabnya, kalau polis syak ada aktiviti anda yang boleh menggugat keselamatan negara, anda boleh ditahan tanpa perlukan waran selama 60 hari berturut-turut tanpa bicara. Peguam dan ahli keluarga pun tak boleh berjumpa anda. Samaada anda benar-benar bersalah ataupun tidak itu belakang kira. Yang pasti, tempoh 60 yang akan tentukan nasib anda samaada akan dibebaskan atau dilanjutkan tahanan.

Selepas 60 hari, kalau nasib tidak baik, anda boleh ditahan lagi selama 2 tahun. Anda akan dihumbankan ke Pusat Tahanan Kemunting bersama banduan-banduan lain. Tempoh ini perlukan kelulusan Menteri Dalam Negeri.

Jika selepas 2 tahun anda dibebaskan dikira cukup bertuah. Kalau tidak, merengkoklah anda dalam pusat tahanan sehinggalah pihak polis berpuas hati anda telahpun insaf dan tidak lagi menggugat keamanan negara. Meskipun anda ada duit yang banyak dan boleh melantik peguam yang cukup terkenal, ia tidak membawa sebarang makna. Peguam anda sekadar boleh memantau jika ada kekasaran dan kezaliman yang dilakukan terhadap anda tapi untuk membebaskan anda tidak ada ruang sama sekali. Sebab anda ditahan tanpa bicara. Dengan kata lain anda ditahan tapi tidak boleh dibicarakan sepanjang tahanan. Pembebasan anda bergantung kepada belas ihsan kerajaan semata-mata.

Itu sudah nampak tidak adilnya akta ini. Mana boleh kita tidak dibenarkan membela diri. Ia tentu bertentangan dengan prinsip undang-undang sendiri – “seseorang itu tidak boleh dianggap bersalah sehinggalah dibuktikan bersalah sebaliknya.” Menahan seseorang tanpa bicara bermakna kita menafikan hak beliau untuk dibicarakan secara adil. Jika sekiranya tahanan OKT dilanjutkan bertahun-tahun, malah ada yang sehingga 6 tahun, tidakkah bermakna dia telah dihukum atas kesalahan yang belum tentu lagi dia lakukan. Kerana untuk pastikan sesuatu tuduhan itu betul perlulah diadili dalam mahkamah terbuka. Ada hakim, peguambela, pendakwaraya dan saksi yang akan tentukan sama ada dia bersalah ataupun tidak.

Itu batang tubuh diri OKT. Bagaimana pula dengan tanggungannya. Isterinya siapa perlu bela. Anaknya siapa yang perlu bagi nafkah. Orang tuannya siapa yang akan tengok-tengokkan. Itu belum lagi maruah dirinya yang akan dipandang serong masyarakat sekitar.

Kalau nak tahu bagaimana cara OKT disiasat dalam tahanan, panjang cerita lagilah. Ada kena seksa fizikal ada kena seksa mental. Fizikal – kena pukul, tanggal pakaian ; mental – soal siasat 24 jam, ancaman bunuh, tidak dibenar tidur, ancaman rogol dan ancaman-ancaman lain. Kalau ahli politik atau orang besar biasanya ancaman mental. Kalau ancaman fizikal akan jadi isu besar pula.

Setahun dua boleh tahan lagi. Kalau berlanjutan bertahun-tahun sehingga ada keluarga yang berantakan, itukan hanya menzalimi mangsa-mangsa ISA sendiri. Kalau bersalah hadapkan saja mereka ke mahkamah terbuka. Biar mahkamah tentukan dia bersalah ataupun tidak.

Saya syorkan anda baca buku “Universiti Kedua – Kisah Tahanan di Bawah ISA” tulisan Kassim Ahmad. Ini kisah benar beliau sepanjang merengkok di penjara sebagai tahanan ISA. Kisahnya sangat menarik untuk dibaca. Sayapun baca belum habis lagi. Tapi kisahnya betul-betul menarik.

Comments: 1 Comment

Kisah Thaus Ra Yang Berani Lawan Taukeh

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat sahabat semua.

Jangan lawan taukeh! Kalau tak nahas. Tak nak cari nahas kena angguk apa yang bos cakap. Betul ke tak betul belakang kira. Janji selamat. Tak semua. Segelintir saja. Yang berani menyinsing lengan bertekak dengan bos, apatahlagi kalau bos buat silap, buat dosa, kita tabik spring lah.

Kalau tak sebulu dengan pensyarah, anak murid tu ada harapan dapat markah tercorot. Kalau takpun fail exam.

Kalau tak sebulu dengan bos di pejabat, staff tu ada harapan tak naik pangkat. Tak sambung kontrak. Tak dapat anugerah khidmat cemerlang. Kalau tak pindah bahagian tu kira oklah.

Kalau tak sebulu dengan bos politik, pembantu dia tu ada harapan tak dapat jadi calon lain kali. Kena lucut jawatan. Kalau sama-sama hati batu, akan dicipta komplot memfitnah pembantunya dengan surat layang.

Hendak tak hendak, terpaksalah ikut kata bos kalau mahu selamat. Kalau setakat hubungan personal tak apa, tapi kalau babitkan soal-soal hukum, kita juga tumpang saham. Kalau kita bantu bos kita buat benda baik, kita dapat saham baik. Kalau bantu benda tak baik, kitapun dapat saham tak baik. Dosalah yang akan kita tanggung sama-sama.

Alangkah bagusnya kalau ada yang bersikap berani macam Thaus Ra, seorang ulama besar di zaman silam. Dia tidak takut kepada sesiapa bahkan kepada khalifah yang juga bosnya kalau apa yang bosnya buat itu cenderung kepada perbuatan zalim.

Ada satu kisah yang menarik untuk kita renungi tentang ulama besar ini.

Kisahnya, Thaus Ra ini adalah seorang ulama besar yang bekerja sebagai jurutulis kepada Khalifah Abu Ja’far Al-Mansur. Beliau ini amat tegas dan tidak berkompromi dengan hal-hal yang melanggar perintah Allah.

Suatu hari, Khalifah Al-Mansur ingin menulis sesuatu. Diminta jurutulisnya itu mengambilkan untuknya pen. “Ya Thaus, tolong ambilkan tinta itu, aku akan menulis sesuatu…”

Tetapi Imam Thaus enggan mengambilnya seraya berkata, “Ya Amirul Mukminin, ambillah sendiri…”

Sikap Imam Thaus menimbulkan rasa marah kepada Khalifah Abu Ja’far Al Mansur. Lantas khalifah meminta penjelasan darinya, ” Mengapa engkau tidak mahu mengambilnya untukku?”

Jelas Imam Thaus Ra, “Aku takut kalau mengambilkannya, anda menulis sesuatu yang menzalimi hamba Allah. Dengan demikian aku telah menjadi sekutu baginda di hari kiamat kelak!”

* Sama-sama kita renungkan.

Comments: 1 Comment

Manusia Pelik dan Aneh Dalam Train

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat sahabat semua.

Train sampai. Berhenti depan kita. Kita masuk tapi dalam tu ada manusia pelik. Macam gambar manusia kat bawah. Apa kita nak buat? Senyumlah puas-puas. Sebab manusia ni tak seram mana pun. Lawak lagi adalah. Tapi suasana macam ni kat luar negara jer. Kalau ada kat negara kita sah-sah kena kutuk dah buang tabiat. Takpun ada yang gatal tangan usung ramai-ramai humban kat bawah train. Huhuhu…..

Kredit to http://www.malaysiasensasi.net





Comments: 10 Comments

Keputusan Malaysia vs Jepun Kelayakan Olimpik London 2012 Zon Asia.

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat sahabat semua.

Kelayakan Olimpik London 2012 Zon Asia.

Jepun 2 – 0 Malaysia.
Higashi – “9″
Miyashi – “76″

Petang tadi mesti ramai yang terpaku depan tv semata-mata untuk menonton perlawanan bola sepak Malaysia lawan Jepun kelayakan Olimpik London 2012 Zon Asia. Atas kertas, skuad Olimpik kita dilihat “wajib” kalah. Seri dikira hebat. Menang satu bonus. Ramai pun yang jangkakan keputusan sedemikian.

Dan keputusannya memang seperti dijangka. Bolos 2 gol dikira cukup baik. Dengan serangan bertali arus hingga memaksa seluruh pemain negara berkampung di laman sendiri, skuad Samurai Biru sebenarnya boleh mencetak lebih banyak gol kalau tidak kerana kecekapan Khairul Fahmi menepis beberapa percubaan berbahaya mereka. Bahagian pertahanan saya lihat masih “bernyawa-nyawa ikan” berbanding bahagian tengah dan serangan yang lumpuh sama sekali. Tiada idea langsung untuk bawa bola ke kawasan penalti lawan. Statistik serangan 20-1 di pihak Jepun cukup menceritakan segala-galanya.

Amat menghairankan kalau melihat perlawanan Malaysia lawan Jepun tadi. Serba tak menjadi. Alasan Jepun di kelas tersendiri berbanding Malaysia boleh tolak tepi. Yang penting kita tunjukkan corak permainan yang berkualiti. Orang kata biar melawan sedikit. Kalau nak dikira skuad Olimpik kita bukan calang-calang juga. Kita wakil Asia Tenggara. Berguru di Slovakia dan menang beberapa perlawanan persahabatan dengan kelab di sana. Bahkan kita juga menang pingat emas Sukan SEA tahun sudah.

Kita akui Jepun berada di kelas tersendiri. Mereka pasukan nombor 1 Asia, menang pingat emas sukan Asia Guangzhou dan tidak pernah gagal layak ke sukan Olimpik sejak tahun 1996. Lawan Jepun seumpama kita lihat Kelantan berentap dengan PDRM. Bagaikan langit dan bumi.

Justeru, menentang skuad Samurai Biru kita dilihat “wajib” kalah tapi bukan dengan kalah seperti perlawanan petang tadi. Boleh dikatakan pemain kita tidak melawan langsung. Biar kita kalah tak apa. Adat permainan. Tapi biarlah kita kalah secara terpuji dengan corak permainan yang berkualiti. Yang penting biar kita melawan sehingga minit-minit yang terakhir.

Harap skuad Olimpik kita dapat bangkit selepas ini. Ayuh tunjukkan kita juga mampu layak ke sukan Olimpik akhirnya. Dan yang penting biar kita jadi penyokong yang berprinsip. Terus memberi sokongan tidak berbelah bahagi kepada skuad negara menang ataupun kalah. Mengkritik tak apa sekadar untuk jadi yang terbaik. Jangan mengkritik untuk membawa rebah sudah.

* Kalau nak tahu apa reaksi peminat tentang perlawanan semalam, boleh baca di sini. Memang teruk skuad Olimpik kita kena kritik dengan peminat. Tapi memang memang itulah hakikatnya yang perlu kita terima.

Comments: 1 Comment

Bahasa Jepun Senang jer Rupanya!

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat sahabat semua.

Sebut tentang Jepun, lawan skuad negara petang tadi, teringat Mastika keluaran Februari 2011. Dalam majalah ni ada sebut istilah Jepun yang kita biasa sebut tanpa kita sedar. Kiranya istilah cacamarba Jepun yang diMelayu. Bukan istilah betulpun. Saja diaorang reka bagi kita terhibur. Tapi bila sebut dan dengar betul-betul sebijik macam kita cakap dalam bahasa Jepun. Ada jugak logiknya.

Kalau tak caya cuba baca istilah ni.

Suka pemarah = KEIJI CACIMAKI
Suka berjimat = SAYORI SUKAMURA
Orang bisu = KIETA TADASORA
Suka makan nasi = NANACHI KASIBANYA
Suka layan blues = APO NADIKATO
Suka belajar = ASHIKO ULANGKAJI
Kerap buat kacau = WAKASI HURUHARA
Sangat kedekut = MATIMATI TAMOKASI
Kuat tidur = ICHIBAN TIDOMATI
Suka mengintai = HINTAI AKOSUKA
Orang tua = TARAGIGI PADANMUKA
Kena tinggal bini = SUSAHATI BINILARI
Suka merempit = SAJA CARIMATI
Lembap sangat = AYUMI CIPUBABI
Suka campur aduk = HAIK CACAMARBA

Ada sama tak ? hahaha………

Comments: 1 Comment

Hukuman Terhadap Askar Yang Belot!

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua.

Tengah golek-golek Youtube tersesat masuk ke video ni. Tajuk macam negeri jer. “Hukuman Terhadap Askar Yang Belot”. Terjadi di Iraq. Jom layan.

******
Kalau mat asid (penyimbah asid), mat rogol, mat rompak, mat culik dan segala mat-mat yang “memusnahkan” hidup orang lain kena humban macam ni best jugak. Baru dia tahu betapa seronoknya jatuh berdebuk macam nangka busuk ini.
Comments: 2 Comments

Hudud : Kami Tabik Tuan Guru!

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat sahabat semua.

pix_gal0

Alhamdulillah. Sejuk hati bila dengar Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bertegas untuk tetap laksanakan hukuman Hudud di Kelantan. Walaupun Pengerusi DAP, Karpal Singh menentang keras hasrat kerajaan PAS Kelantan tersebut tetapi Tuan Guru tetap dengan pendirian beliau. Beliau tidak peduli. Hatta jika DAP keluar Pakatan sekalipun, dia tetap tidak berganjak dari pendirian. Syabas Tuan Guru.

Hukum Hudud adalah hukum Islam. Ada disebutkan dalam Al-Quran. Bermakna ini adalah hukum daripada Allah. Sebarang hukum daripada Allah tidak boleh diremehkan. Sudah tentu ada kebaikan yang kita tidak boleh fahami. Allah yang menjadikan manusia. Jadi sebagai pencipta, Dia sudah tentu lebih tahu bagaimana hendak mengawal tingkahlaku manusia. Lalu diturunkan hukuman yang bersesuaian termasuklah hukuman Hudud untuk menguruskan akhlak manusia.

Sebarang hukuman yang dicipta manusia sudah tentu ada kelemahan. Apatahlagi jika sesuatu kesalahan sudah ada cara yang ditentukan oleh Allah untuk atasinya. Menggubal undang-undang lain tidak akan menyelesaikan masalah. Ia hanya menjadikan masalah menjadi semakin kacau bilau.

Lihatlah berapa ramai si pencuri, perompak, penzina, perogol, peminum arak dijatuhkan hukuman saban tahun tapi jenayah semakin bertambah juga. Penjenayah sukar untuk insaf. Kalau setakat dikenakan denda 3 4 ribu, orang kaya akan senyum simpul. Duit berkoyan dalam bank jadi penyelamat.

Jika penzina dan perogol disebat pun, dengan hanya beberapa sebatan, (tanpa mengikut aturan hukuman hudud) 5 6 bulan kemudian luka sebatan akan sembuh. Tetapi nafsu yang saban malam menggelegak tidak akan sembuh, malah akan mengganas mencari mangsa bila dibebaskan kelak.

Begitu juga jika sekadar dipenjara. Orang hanya takut ketika mula-mula masuk penjara. Lama-lama kelamaan, dengan jamuan makanan free hari-hari, tidur lena tak terganggu dan aktiviti lain yang bebas dilakukan, tidak terasa sangat hukuman itu mendera mereka. Boleh jadi mereka lagi rasa suka hati sebab tidak perlu fikir apa-apa. Jangan terkejut ada laporan sebelum ini yang menyebut ada sesetengah banduan lebih rela berada di penjara, biarpun bertahun-tahun daripada menjalani hidup yang serba kelam di luar sana.

Hukuman manusia jarang menginsafkan mereka. Orang tidak takut. Jika sakit, sakit akan sembuh. Jika berhabis duit kerana denda, duit masih boleh dicari. Jika tertekan kerana terpenjara, tekanan akan berubah jadi satu kegembiraan jika mereka lama-kelamaan merasa seronok hidup di penjara. Malah jika berkelakuan baik, tempoh tahanan boleh dipendekkan.

Kecualilah jika anggota mereka jadi taruhan, nyawa mereka jadi tebusan, mereka sudah tentu berfikir 100 kali untuk berbuat jahat. Agak-agak ada lagi tak sesiapa yang berminat mencuri dan berzina (bagi yang sudah berkahwin) jika akibatnya mereka terpaksa kehilangan tangan kerana dipotong dan bercerai nyawa kerana direjam. Semua pasti akan kecut perut. Lihat di Arab Saudi. Pengurus kedai emas selamba tinggalkan kedai mereka tanpa pengawal untuk bersolat Jumaat. Sesiapa yang cuba merompak alamatnya segunung emas pun tidak boleh kembalikan nilai tangan dia yang kena potong tersebut. Kaya tapi merana siapa yang mahu.

Syabas tuan guru. Kami akan sentiasa menyokong usaha murni tuan guru.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Comments: Leave a Comment