Laman Web Aiskrim Baskinrobbins Kena Hack

Semalam kita telah menyaksikan bagaimana Lin Dan akhirnya
berjaya merampas pingat emas dari Dato’ Lee Chong Wei
yang menyebabkan ramai rasa terkilan & sedih
kerana beliau gagal membawa pulang pingat emas
sebagai syarat untuk seluruh rakyat Malaysia menikmati 
ais krim baskinrobbins secara percuma pada 8 Ogos 2012
jam 8.00 malam sehingga 10.00 malam
di seluruh 61 outlet Baskin Robbins Malaysia.
Dek kerana terlalu kecewa & mungkin tidak dapat menerima hakikat 
dengan kekalahan Dato’ Lee Chong Wei, 
sekumpulan pengodam tempatan (kampung dirahsiakan)
telah mengodam lama web baskinrobbins.com.my
& telah menambah satu fail khas pada laman tersebut dengan
mesej kecewa dengan kekalahan tersebut & meminta aiskrim percuma
yang di war-warkan sebelum ini.
Laman Baskin Robbins yang di godam oleh Difacer PhantomCrews 
Sejurus selepas kekalahan Lee Chong Wei, 
fan page facebook.com/MYBaskinRobbins telah membuat kenyataan, 
kita masih ada peluang untuk mendapatkan pingat emas selain Dato’ Lee Chong Wei,
terdapat lagi beberapa atlit lain berpotensi membawa pulang pingat emas 
dalam acara Olimpik termasuklah pocketroketman, Azizulhasni Awang
yang akan bersaing dalam acara Keirin hari ini. 
Jika Azizulhasni Awang berjaya mendapat pingat emas,
maka seluruh rakyat Malaysia akan bersorak kembali
untuk hadiah secedok aiskrim Baskin Robbins Rabu depan. source
Comments: Leave a Comment

Cinta Laura Yang Seksi Hingga Ternampak Dot Dot


Seksi kan!!? aduyai..
Cinta laura adalah artis indonesia yang terkenal dengan kecantikkannya

cinta laura – shoot me

Nama Lengkap: Cinta Laura Kiehl
Nama Panggilan: Cinta Laura
Tanggal/Tanggal Lahir: Quakenbruck, Jerman, 17 August 1993
Zodiak: Leo
Tinggi Badan: 170
Berat Badan: 44
Hobi: Berenang
Nama Ayah: Michael Kiehl
Nama Ibu: Herdiana, SH
Pendidikan SMU: Bogor International School (BIS)source

Comments: Leave a Comment

Tentera Terpaksa Dipanggil Musnahkan Sarang Tebuan Gergasi

Sebuah kampung di Chongqing China telah mengalami masalah sarang tebuan gergasi.Sebelum ini seorang lelaki telah mati diserang kumpulan tebuan tersebut.Untuk elakkan kejadian lebih buruk.Sekumpulan tentera dipanggil untuk memusnahkan sarang tersebut.Lihat video dibawah

Comments: Leave a Comment

Cara Buat Tisu Tandas Di China

Jangan terkejut sekiranya melihat proses pembuatan tisu tandas di negara China ini.. Sebelum ini kita hanya tahu menggunakan sahaja tetapi tidak langsung tahu bagaimana cara pembuatannya..Jom tengok proses-proses yang dilakukan untuk menyiapkan segulung tisu tandas..


sumber

Comments: Leave a Comment

Fesyen Artis Melaram Habis Masa Buka Puasa

Sebelum ini Astro mengadakan majlis berbuka puasa glamer untuk artis-artis.Maka berduyung-duyung la artis datang.Ada yang pakai pakaian terbuka,ada yang tertutup,hehe korang layan sendiri bawah ni hasil ‘buah tangan’ daripada jurugambar profesional Ryaniez Moments Photography.

Comments: Leave a Comment

Lee Chong Wei Dengan Duta Pembesaran Buah Dada

 

Datuk Lee Chong Wei khabarnya akan melangsungkan perkahwinan selepas sukan olimpik.Bagaimanapun dengan kekalahan dan lesapnya RM4 juta tak pasti sama ada jadi ke tak mereka ni kahwin.Percintaan mereka bukan lagi rahsia.Gadis peneman dia Wong Mew Choo pernah bersama naik pentas menerima hadiah pemain badminton terbaik bagi kategori masing-masing.

Mew Choo bersara awal dari gelanggang badmintoon.Dia juga pernah menjadi duta pembesaran buah dada.Wow.. haha boleh tengok kat bawah gambar
 

Kisah percintaan Datuk Lee Chong Wei dan gadis pujaannya yang juga bekas jaguh badminton negara, Wong Mew Choo bukan rahsia lagi.

Comments: Leave a Comment

7 Keajaiban Di Malaysia


MENYENTUH isu struktur dan seni bina, kita tidak dapat lari daripada membicarakan mengenai tujuh perkara ajaib di dunia. Bagaimanapun, mungkin tidak ramai daripada kita yang sedar, negara kita juga mempunyai tujuh seni bina ‘ajaib’.

Mungkin terlalu jauh untuk kita bandingkan dengan tujuh keajaiban yang terkenal di dunia, tetapi sebagai sebuah negara yang masih muda, Malaysia patut berbangga kerana mempunyai struktur-struktur binaan yang menakjubkan.

Antara tujuh struktur binaan yang boleh dikategorikan sebagai sesuatu yang menakjubkan di negara ini ialah:

1. Menara berkembar Petronas (KLCC)
2. Menara KL
3. Putrajaya
4. Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)
5. Jambatan Pulau Pinang
6. Bangunan Sultan Abdul Samad
7. Menara condong Teluk Intan

1.Menara berkembar Petronas (KLCC)

Apa: Bangunan berkembar yang menjadi salah satu daripada kebanggaan rakyat Malaysia ini memuatkan pejabat dan juga pusat membeli belah tumpuan ramai.

Kedudukan: Di tengah bandar raya Kuala Lumpur

Fakta: Bangunan ini direka bentuk oleh Ceasar Pelli, hasil ilham dari bentuk geometri Islam. Bangunan ini diperbuat daripada konkrit, besi dan kaca. Bangunan setinggi 452 meter ini merupakan bangunan kembar tertinggi di dunia dengan 88 tingkat bagi setiap bangunan. Bangunan ini disambung di tengahnya oleh sebuah jambatan.

Menakjubkan: Menara berkembar ini dilengkapi dengan 32,000 buah tingkap, 29 buah lif laju dan 10 buah tangga bergerak di setiap bangunan.

2.Putrajaya

Putrajaya dijangka akan mempunyai 67,000 buah rumah di sekitarnya dengan populasi 330,000 orang

Apa: Pusat pentadbiran kerajaan bercirikan bandar dalam taman dan bandar pintar

Kedudukan: Meliputi kawasan seluas 4,581 hektar di Prang Besar, Sepang, Selangor.

Fakta: Mula dibina pada 16 April 1995. Fasa pertama pembinaannya termasuk Pejabat Perdana Menteri siap pada tahun 2000. Pembinaan Putrajaya dijangka siap sepenuhnya dalam jangka masa 15 tahun bermula tahun pembinaanya pada 1996. Kawasan ini dibahagikan kepada dua kawasan utama iaitu kawasan pusat dan kawasan persekitaran. Kedua-dua kawasan ini dipisahkan oleh sebuah tasik besar. Kawasan pusat menempatkan pejabat-pejabat kerajaan yang dibahagikan kepada lima prisin iaitu prisin kerajaan, komersial, sivik dan kebudayaan, pembangunan bercampur dan sukan serta rekreasi. Kawasan persekitaran pula mempunyai 14 kawasan perumahan.

Menakjubkan: Apabila siap sepenuhnya, Putrajaya dijangka akan mempunyai 67,000 buah rumah di sekitarnya dengan populasi 330,000 orang.

3.Menara Kuala Lumpur

Apa: Menara keempat tertinggi dunia dan yang tertinggi di Asia Tenggara

Kedudukan: Bukit Nanas, Kuala Lumpur

Fakta: Menara Kuala Lumpur yang mengambil masa pembinaan empat tahun bermula pada 1992 ini direka bentuk khusus supaya dapat menahan kelajuan dan tekanan angin sehingga 144.5 km sejam. Berat keseluruhan menara konkrit ini ialah 100,000 tan dengan ketinggian 421 meter. Ia dibina menggunakan 45,000 meter padu konkrit kukuh dan 1,300 struktur keluli. Menara ini mempunyai 2,058 anak tangga.

Menakjubkan: Lif di bangunan ini mempunyai kelajuan sehingga 9.6 km/saat dan ia mampu sampai ke menara dalam masa kurang daripada seminit iaitu lebih kurang 54 saat.

4.KLIA
Apa: Lapangan Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ini adalah antara lapangan terbang terbesar dan termaju di dunia.

Kedudukan: Kira-kira 50 kilometer di selatan Kuala Lumpur dan meliputi kawasan seluas 10,000 hektar.

Fakta: KLIA yang disiapkan dalam jangka masa yang singkat iaitu empat setengah tahun ini melibatkan 25,000 tenaga kerja dengan kos RM13.3 bilion. Lapangan terbang ini mempunyai 46 pintu jejantas aero, dua landasan tercanggih dan 106 stesen kapal terbang berbanding Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah yang mempunyai hanya 14 jejantas aero dan 44 stesen kapal terbang. Dinding bangunan KLIA bukan diperbuat daripada batu bata seperti sebelum ini, sebaliknya daripada besi geometri yang menampung kaca bagi membolehkan pemandangan dapat dilihat dari luar tanpa sebarang gangguan.

Menakjubkan: Terdapat kira-kira 1,300 kamera televisyen keselamatan di seluruh lapangan terbang ini.

5.Menara Condong Teluk Intan

Apa: Menara jam yang dibina oleh seorang kontraktor, Leong Chonn Chong pada tahun 1885 dengan tujuan asal menyimpan air.

Kedudukan: Di tengah-tengah bandar Teluk Intan, Perak.

Fakta: Bentuknya seperti sebuah pagoda. Dari luar ternampak seolah-olah menara ini adalah bangunan lapan tingkat, tetapi sebenarnya hanya terdapat tiga tingkat sahaja. Di tingkat atas sekali terletak tangki air yang boleh memuatkan 19.26 meter padu air. Ketika dibina pada tahun 1885, ia dikenali sebagai Jam Tinggi kerana memiliki sebuah jam yang masih berperanan sehingga kini. Bagaimanapun, apabila bangunan ini telahcondong sedikit ke arah barat laut, ia mula dikenali sebagai Menara Condong. Bangunan ini memiliki 110 anak tangga yang menghubungkan setiap aras yang tingginya 4.6 meter. Struktur bangunan ini dibuat daripada batu dan kayu dan setiap tingkat dilengkap dengan lorong jalan kaki. Lapisan bawah bangunan ini berukuran garis pusat 12.9 meter 43 kaki dan menguncup ke atas 8.1 meter.

Menakjubkan: Kerana keunikannya, Menara Condong Teluk Intan ini juga dikenali sebagai Menara Condong kedua di dunia selepas Menara Pissa di Itali.

6.Jambatan Pulau Pinang

Apa: Sebuah jambatan yang menghubungkan tanah besar semenanjung dengan Pulau Pinang. Jambatan ini merupakan salah satu mercu tanda kebanggaan negara dan merupakan salah satu daripada jambatan yang terpanjang di Asia.

Kedudukan: Antara Pulau Pinang dan Seberang Perai.

Fakta: Hasrat untuk membina jambatan sepanjang 13.5 km ini telah mula diilhamkan sejak tahun 1971 lagi. Setelah beberapa rundingan dilakukan, jambatan yang mula dibina pada 1982 dengan kos RM850 juta ini menjadi kenyataan pada September 1987. Pembinaanya dilakukan oleh Lembaga Lebuhraya Malaysia. Rentang utamanya sepanjang 225 meter dibina menggunakan kaedah cable stayed girder. Lokasi tertingginya dari paras laut ialah 32 meter. Jambatan ini dibina dengan empat lorong dan dilebarkan kepada enam lorong di bahagian rentang utamanya. Jambatan ini mempunyai dua buah persimpangan bertingkat dan sebuah tol plaza.

Menakjubkan: Jambatan ini boleh menampung 100,000 kenderaan sehari.

7.Bangunan Sultan Abdul Samad

Apa: Bangunan utama yang didirikan di Kuala Lumpur yang ketika itu hanya mempunyai rumah-rumah kedai yang kecil. Bangunan ini kini menempatkan Mahkamah Persekutuan Malaysia, Mahkamah Rayuan dan Bahagian Jenayah Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Kedudukan: Jalan Raja, Kuala Lumpur

Fakta: Bangunan ini meliputi dua bangunan berkembar dengan ketinggian 17.1 meter dan meliputi 10,200 meter persegi. Pembinaannya mengambil sempena nama Sultan Selangor keempat iaitu Sultan Abdul Samad yang memerintah ketika itu (1859 – 1898). Bangunan ini dilengkapi dengan menara berkubah tembaga dan mempunyai menara jam setinggi 130 meter.

Menakjubkan: Sebuah kilang telah diwujudkan khusus bagi membekalkan empat juta bata merah dan juga bahan-bahan pembinaan lain seperti kayu, simen, batu kapur, tembaga dan besi untuk membina bangunan ini.
sumber

Comments: Leave a Comment

Shila Amzah Nekad Terus Pakai Tudung

Sheila Amzah menafikan dia bertudung hanya untuk menghormati bulan ramadhan atau dibuat-buat.Ini bukanlah eksperimen atau fesyen bertudung sementara sebaliknya bulan mulia ini dia telah nekad untuk berhijrah.

“Alhamdulillah, Shila jadikan bulan Ramadhan ini sebagai permulaan penghijrahan dan insyallah Shila akan terus bertudung,” jelasnya sewaktu dihubungi MyNewsHub di sini hari ini.

Pengesahan itu penting apabila ada peminat Shila yang kerap kali mempersoalkan di laman sosial Twitter adakah identiti bertudung itu hanya sementara atau akan kekal.

Ramai peminat berasa teruja lantaran melihat imej terbaru Shila sejak bermula bulan Ramadhan, kira-kira dua minggu lalu.

Jika kita lihat pada akaun Twitter Shila, tidak kira sama ada gambar profil mahupun setiap gambar yang dimuat naik olehnya, pasti dia mengekalkan imej bertudung.

Penyanyi yang popular dengan lagu Patah Seribu turut menghargai para peminat yang menyokong dan mendoakan supaya dia terus mengekalkan imej bertudung.

Memfokuskan beribadat pada bulan Ramadhan, Shila juga menyertai beberapa majlis amal seperti program berbuka puasa, bersahur bersama peminat dan pelbagai lagi.

Selain itu, anak kepada penyan turut menjayakan beberapa rakaman bagi program yang bakal disiarkan pada Syawal akan datang.

Apabila ditanya berkenaan status perhubungan bersama Sharnaaz Ahmad serta niat untuk melayari bahtera perkahwinan, dia lebih gemar untuk tidak memberi sebarang kenyataan.

“Macam tak manis pula bila pihak wanita yang bercakapkan pasal isu ni.

” Shila rasa soal perkahwinan tu elok ditanya pada Sharnaaz,” ujar Shila dalam nada gembira.

Semoga ada berita gembira yang akan hadir kepada peminat-peminat Shila yang sudah sekian lama menanti.

Oleh: HARITS ASYRAF ~mynewshb

Comments: Leave a Comment

Keluarga Ibrahim Pendek Akhirnya Dapat Bantuan

Keluarga ibrahim pendek berkongsi rumah usang ini sejak sekian lama.

MELAKA: Penderitaan keluarga pelakon veteran Allahyarham Ibrahim Pendek atau nama sebenarnya Ibrahim Hassan mendapat pembelaan apabila kerajaan negeri Melaka bersetuju untuk menghadiahkan mereka sebidang tanah dan rumah baru.

Berita gembira itu disampaikan oleh Ahli Parlimen Tangga Baru, Datuk Idris Haron melalui setiausaha khasnya iaitu Mohd Yusof Mahathir selepas membaca kesengsaraan mereka di akhbar.

Mohd Yusof berkata, Idris yang juga Pengerusi Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) akan bertemu dengan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam bagi membincangkan tapak yang sesuai untuk membina rumah keluarga tersebut.

“Kerajaan negeri berasa kasihan dengan kesusahan keluarga pelawak itu dan mengambil keputusan untuk membantu mereka,” katanya kepada The Star pada Isnin.

Akhbar pada Ahad menyiarkan kesengsaraan keluarga pelawak seangkatan Allahyarham Tan Sri P.Ramlee itu yang hidup dalam kesempitan di sebuah rumah usang, di tanah rizab berhampiran kabel elektrik voltan tinggi di Tanjung Kling di sini.

Anak sulung Ibrahim iaitu Aidid menunukkan gambar arwah ayahnya yang begitu popular dalam era perfileman Melayu.

Isterinya Asiah Othman, 57, tinggal bersama enam orang anak dan 10 orang cucu di rumah berkenaan yang sempit selepas Ibrahim meninggal dunia pada November 2003 akibat asma.

Anak keempat Allahyarham iaitu Aidid Ibrahim, 33,berkata, adik-beradiknya yang berusia antara 29 hingga 40 tahun hanya bekerja menjual nasi lemak dan roti canai di Lereh dekat sini sejak sekian lama untuk menampung hidup.

“Pendapatan kami hanya cukup untuk menyara kehidupan kami sahaja. Empat daripada adik-beradik kami sudah kahwin an mempunyai anak tetapi untuk memiliki rumah baru adalah mustahil,” jelasnya yang turut dilahirkan sebagai kerdil bersama tiga adik beradiknya yang lain.

Sementara itu Aishah yang pada mulanya enggan mendapatkan bantuan kerana malu dengan nasib keluarga memberitahu, suaminya tidak meninggalkan apa-apa harta kepada keluarga sebelum meninggal dunia.

Katanya, selama ini dia bekerja keras dengan menjual makanan untuk menyara keluarga dan meneruskan hidup.

Comments: Leave a Comment

AUDY ITEM DITUDUH HAMIL LUAR NIKAH

AUDY ITEM DITUDUH HAMIL LUAR NIKAH | Penyanyi top Indonesia, Audy Item membidas kenyataan daripada media negaranya yang menuduh dia telah mengandung sebelum bernikah dengan pelakon Iko Uwais pada 25 Jun lalu. Audy atau nama sebenarnya Paula Allodya Item, 29, berkata, berita itu hanyalah gosip rekaan media negaranya yang gemar membuat tuduhan sekiranya terdapat artis yang bernikah [...]

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Comments: Leave a Comment