Kalau anda belum membaca surat khabar fizikal hari ini seperti kami ini berita yang penting untuk anda semua tahu secepat mungkin.
Berita Harian hari ini melaporkan yang Fasha Sandha telah sahkan bahawa tarikh perkahwinan beliau adalah pada 29 April 2012.
Kenyataan ini merupakan antara kenyataan yang di’tunggu tunggu peminat dunia hiburan yang telah lama di’sogok dengan lambakan gambar pra perkahwinan mereka.
Majlis perkahwinan antara Fasha Sandha dan Rizal Ashram akan berlangsung dalam satu majlis tertutup yang akan di’hadiri oleh 100 orang tetamu termasuk keluarga, rakan terdekat dan wakil media. Dan, kami semestinya tiada dalam senarai. #LOL (…)
Teruskan Membaca →
© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. |
Permalink
Sekali lagi, selebriti yang kami maksudkan tiada kena mengena dengan gambar di’sebelah — jika anda masih suka berspekulasi.
Kisah ini sudah lama kami simpan kerana mungkin selebriti ini hanya melakukan’nya sekali & tidak akan berulang selepas ini.
Namun insiden terbaru yang telah sampai ke pengetahuan kami mengesahkan yang pelakon juga pengacara wanita ini memang tidak gemar bersama peminat.
Peminat yang hadir ke sebuah majlis hiburan baru baru ini agak terkilan dengan sikap selebriti ini yang terus melarikan diri selepas selesai majlis tanpa bertemu para peminat yang menunggu.
Selebriti wanita yang baru sahaja muncul dengan filem awal tahun 2012 lalu turut di’khabarkan menerima tawaran bekerja sebagai pengacara majlis petang untuk mengambil hati seorang VIP yang hadir. (…)
Teruskan Membaca →
© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. |
Permalink
Anda semua sudah menyaksikan majlis sederhana tetapi meriah pasangan Lisa Surihani dan Yusry KRU, kini giliran percutian bulan madu mereka menjadi perhatian.
Tidak sampai dua minggu selepas perkahwinan mereka, Yusry KRU dan Lisa Surihani telah terbang ke Eropah untuk percutian mereka & destinasi pertama adalah Zurich di Switzerland.
Beberapa gambar dari Instagram Yusry KRU sendiri telah tersebar di internet dan kini mula menjadi perhatian sebahagian peminat yang mengikuti perkembangan pasangan romantis ini.
Switzerland bukan’lah satu satunya negara yang menjadi destinasi percutian Lisa Surihani dan Yusry KRU kerana khabarnya mereka juga akan terbang ke Cannes, Perancis dan beberapa negara Eropah lain.
Beberapa keping gambar Instagram Lisa Surihani & Yusry KRU untuk tatapan anda selepas ini. Bila agak’nya kami di’sini mahu sampai ke bumi cantik Eropah? Enjoice!(…)
Teruskan Membaca →
© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. |
Permalink
Ini satu lagi filem animasi yang di’tunggu tunggu untuk tahun 2012, Ice Age 4: Continental Drift & mereka baru sahaja melancarkan trailer terbaru untuk filem yang akan ke pawagam pada 13 Julai 2012 ini. – Just Jared Jr
Aktress, Jennifer Aniston di’khabarkan telah meninggalkan kota New York untuk menetap di Los Angeles kerana mahu lari dari paparazzi. – Huffington Post
Sebuah tabloid telah menulis berkaitan spekulasi yang terbit dek kerana sekeping foto yang menunjukkan Kate Middleton (gambar) seolah olah sedang mengandung. – CDL
Pengarah filem box-office Ombak Rindu, Osman Ali di’khabarkan bakal berkahwin pada 11 Mac 2012 ini bersama Aishah Sanai di Bintulu, Sarawak. Tahniah dari kami di Rotikaya HQ! – GUA
Putera Harry ke Jamaica untuk mencabar Usain Bolt dalam larian 100M. Boleh anda teka siapa yang sampai ke garisan penamat terlebih dahulu? – People
Anda Mungkin Berminat Dengan:
© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. |
Permalink
Bermula Khamis ini, empat nama besar dalam industri muzik untuk Indonesia akan hadir ke Malaysia untuk menjayakan jelajah Rock & Star di’seluruh negara.
Nidji, D’Masiv, Geisha dan bintang solo popular Astrid akan tiba pada 8 Mac 2012 & seterusnya akan menghadiri sidang media khas di Micasa All Suite Hotel.
Rock & Stars ini di’anjurkan oleh Universal Music Malaysia dan juga Rumpun Records selaku syarikat rakaman rasmi kesemua artis.
Nidji akan membuat persembahan khas di Hot FM Big Jam, Kuala Terengganu pada 10 Mac 2012 & dalam hari yang sama D’Masiv, Geisha & juga Astrid akan ke Dataran Datuk Bahaman, Lanchang, Pahang untuk persembahan di Konsert Nusantara 1Malaysia jam 8.30 malam. (…)
Teruskan Membaca →
© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. |
Permalink
Yeahhh! Filem animasi kegemaran kami bakal kembali ke pawagam sekitar pertengahan tahun 2013 dan ini teaser pertama mereka.
Kebetulan atau memang sesuatu yang di’sengajakan, teaser untuk Despicable Me 2 ini di’lancarkan dalam hari yang sama Dr. Seuss’ The Lorax di’tayangkan.
Dr. Seuss’ The Lorax merupakan buah tangan terbaru Universal Pictures yang juga penerbit filem Despicable Me yang pertama.
Dalam teaser yang di’lancarkan, ia menunjukkan minion kuning comel dan kelakar menyanyikan semula lagu Barbara Ann yang asal’nya di’nyanyikan oleh The Beach Boys. Ringkas, tetapi kelakar habis!
Penulis yang sedang berada di Starbucks ini hanya menahan ketawa seorang diri takut takut orang ingat sudah hilang akal. Despicable Me 2 akan muncul di pawagam sekitar Jun & Julai 2013. (…)
Teruskan Membaca →
© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. |
Permalink
Jika anda masih tidak perasan akan logo rasmi BN Youth Music di’sebelah ini yang muncul sejak seminggu yang lalu, ini entri khas untuk anda yang belum tahu.
Rotikaya.com berbesar hati untuk bergelar rakan media online rasmi untuk festival muzik buat anak anak muda anjuran Pemuda BN ini dan menjadi tanggungjawab kami untuk memastikan anda hadir.
BN Youth Music yang bertujuan untuk mencungkil bakat bakat baru di’kalangan remaja Malaysia akan mengadakan saringan semi final pada 3 Mac 2012.
Peringkat akhir akan di’adakan pada 4 Mac 2012 dengan menampilkan 12 orang peserta terpilih dari saringan separuh akhir dan acara kemuncak adalah kehadiran Perdana Menteri Malaysia sendiri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak. (…)
Teruskan Membaca →
© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. |
Permalink
Agak aneh gambar Zahida Rafik yang kami pilih untuk mengiringi kisah kurang bernasib baik buat selebriti bergelar pelakon ini.
Laporan Harian Metro hari ini ada menyebut yang pelakon dan juga ahli perniagaan, Zahida Rafik telah mengalami kerugian RM200,000 apabila di’khianati pekerja sendiri.
Zahida Rafik menyerahkan wang tunai berkenaan kepada lelaki berusia 37 tahun bergelar pemandu peribadi itu sekitar 11.00 pagi Rabu lalu dan sejak itu suspek gagal dihubungi serta dipercayai sudah melarikan diri.
“Saya percayakannya sebab dia sudah bekerja dengan saya hampir lima tahun & sebelum ini tidak pernah melakukan apa apa kesalahan,” kata Zahida Rafik kepada media hari ini. (…)
Teruskan Membaca →
© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. |
Permalink
Aktress Malaysia yang kini hangat di’pawagam dengan filem Cinta Kura Kura, Tiz Zaqyah bercerita tentang hobi beliau meluahkan perasaan melalui lukisan. Dan, pastinya tentang filem. – Remaja
Jennifer Aniston bakal mengarah sebuah siri filem pendek tentang kanser payudara bersama Demi Moore & Alicia Keys. – India Times
Sebagai tanda terima kasih buat peminat yang menjayakan jelajah konsert The Black Star Tour, Avril Lavigne lancarkan sebuah video klip untuk lagu Goodbye dengan berimej super sexy. – Daily Mail
Chris Martin dari kumpulan Coldplay berkata mereka mula menyesal memberi nama album terbaru mereka Mylo Xyloto selepas para peminat mula menyebut dalam pelbagai versi. – Just Jared
Universal Pictures baru sahaja melancarkan montaj pembukaan filem terbaru mereka bersempena dengan ulangtahun ke 100. Ini koleksi montaj pembukaan mereka dalam satu video. – Business Insider
Anda Mungkin Berminat Dengan:
© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. |
Permalink
Well, orang orang tua selalu pesan kalau terlajak kata boleh di’undur, terlajak tweet memang menjadi perhatian wartawan jawab’nya.
Selesai tayangan perdana filem Bunohan minggu lalu, ahli politik bergelar Ketua Pemuda Barisan Nasional (BN), Khairy Jamaluddin memberikan pandangan ikhlas beliau melalui Twitter.
Ayat kurang 140 karakter itu turut menyebut yang Bunohan pasti’nya bukan filem yang jatuh dalam genre sama seperti filem Hantu Bonceng arahan Ahmad Idham.
Dalam pertemuan kami bersama Ahmad Idham baru baru ini, beliau menyuarakan perasaan kurang senang akan kenyataan yang lahir dari ahli politik yang beliau pandang tinggi itu. (…)
Teruskan Membaca →
© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. |
Permalink
