Video: Kesilapan Teknikal Astro Awani Di Rancangan Bual Bicara Ellen DeGeneres

Ini sebagai hiburan ringan untuk anda semua di’hari Jumaat — hari kegemaran para wanita untuk keluar makan tengahari secara berlebihan. Heh.

Video di’bawah menunjukkan sedutan dari salah sebuah episod bual bicara Ellen yang di’kendalikan selebriti terkenal Ellen DeGeneres. Segmen Local Focal Live! ini menunjukkan kesilapan teknikal yang kelakar.

Salah satu kesilapan teknikal yang menarik perhatian warga kerja Ellen adalah dari Astro Awani yang mana pembaca berita di’ganggu oleh kehadiran salah seorang krew produksi yang tidak tahu bahawa mereka sedang on-air.

Anda perlu tengok sendiri video Ellen selepas ini. Tonton sampai habis kerana ada lagi beberapa footage yang boleh tahan kelakar. (…)
Teruskan Membaca →


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. |
Permalink

Comments: Leave a Comment

Nampak Mesra Di Sidang Media, Fahrin Ahmad Tegaskan Hanya Kawan Adila Ramly

Foto terima kasih Cipot Redz

Sudah agak lama rasa’nya peminat hiburan Malaysia tidak dengar akan kisah cinta pelakon tampan yang masih single, Fahrin Ahmad.

Pernah dahulu kisah cinta Fahrin Ahmad menjadi bualan hampir setiap hari di bibir peminat dek banyak kontroversi yang melanda.

Selesa untuk kembali solo selepas itu, kini ada gossip baru tersebar mengatakan Fahrin Ahmad kini sedang hangat bercinta.

Gadis yang bertuah bertakhta di hati Fahrin Ahmad ini di’katakan Global Station Sdn Bhd, Adila Ramly & mereka berdua kelihatan mesra bersama ketika hadir ke Wajah Baru Wanita Inspirasiku TV3 di Sunway Giza, Kota Damansara sekitar minggu lalu.

Jurufoto kami berjaya merakamkan gambar Fahrin Ahmad & Adila Ramly yang kelihatan duduk bersama sepanjang majlis berlangsung. Namun, Fahrin Ahmad menegaskan yang mereka hanya berkawan. (…)
Teruskan Membaca →


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. |
Permalink

Comments: Leave a Comment

Hot FM Big Jam Di Pantai Timur Catat Lebih 50,000 Pengunjung

Foto terima kasih Cipot Redz

Kami sendiri tidak sangka begitu hebat penangan peminat hiburan di Kuala Terengganu yang hadir ke Hot FM Big Jam 2012.

Ini merupakan kali pertama pihak Hot FM membawa Big Jam ke pantai Timur bersempena dengan pembukaan stesen radio versi Kelantan & Terengganu.

Terima kasih kepada Hot FM yang memberikan kami peluang untuk bersama sama peminat di pantai Timur untuk merasai konsert dalam skala besar sebegini.

Lebih 50,000 di’laporkan turun membanjiri Dataran Syahbandar, Kuala Terengganu menyaksikan Hot FM Big Jam 2012 yang membariskan nama nama besar dunia nyanyian tanah air — Black Mentor, Ella, Spider, Zamani Slam, AXL, Hafiz, XPDC dan lain lain. (…)
Teruskan Membaca →


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. |
Permalink

Comments: Leave a Comment

Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.71)

Penarik utama kami rasa untuk The Voice, Adam Levine merancang untuk melancarkan pewangi sendiri tidak lama lagi. Smell like Jagger? – BSC Kids

Walaupun Michael Jackson sudah tiada, namun siri konsert yang di’anjurkan khas untuk lagenda muzik ini berjaya membawa masuk lebih US$2.3 juta sehingga ke hari ini. – Huffington Post

Khabar angin bertebaran mengatakan Katy Perry (gambar) kini ada hubungan sulit dengan salah seorang model lelaki paling mahal di’dunia, Baptiste Giabiconi. Selera besar. – The Superficial

Penerbit album terbaru Peterpan sudah mengesahkan yang kumpulan popular Indonesia itu sudah pun menukar nama, namun merahsiakan dari pengetahuan media. – Kapan Lagi

Filem yang di’jangkakan menjadi blockbuster, John Carter telah gagal mencapai sasaran US$27 juta apabila hanya mengutip US$9.8 juta pada hari pembukaan. Petanda yang filem ini akan hancur? Hmm. – Hollywood Reporter


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. |
Permalink

Comments: Leave a Comment

Ribuan Penduduk Membanjiri Konsert Nusantara 1 Malaysia Di Lanchang, Pahang

Kami tahu anda pasti sedang meluangkan masa bersama keluarga tercinta dan melupakan segala hal kerja di hari ahad yang indah ini.

Agak cemburu kami sebenarnya kerana tidak dapat cuti kerana mempunyai tugasan yang perlu diselesaikan.

Semalam selesai sudah Konsert Nusantara 1 Malaysia yang berlangsung di Lanchang,Pahang.

Konsert yang pertama kalinya dianjurkan di Lanchang mencatat sejarah apabila seramai lebih 7 ribu penduduk Lanchang membanjiri Dataran Dato Bahaman untuk menyaksikan persembahan Geisha, Astrid, D’Masiv, 6ixth Sense, GX4 dan Lefthanded.

Persembahan bertenaga yang ditonjolkan kesemua artis semalam menjadikan Dataran Dato Bahaman gamat dengan sorakan dan jeritan peminat sehingga kami yang berada di tepi stage pun menari tanpa segan. (…)
Teruskan Membaca →


© Rotikaya Staff for ROTIKAYA, 2012. |
Permalink

Comments: Leave a Comment

Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.67)

Tahukah anda bahawa ratu rock Malaysia, Ella bakal berkahwin dengan jejaka yang di’kenali sebagai A di’khabarkan dalam tahun ini juga. Tahniah! - GUA

Kisah artis Hollywood memakai insurans untuk anggota badan mereka yang di’anggap aset bukan perkara baru. Ini senarai 20 nama termasuk Heidi Klum dengan insurans bernilai US$2 juta untuk kaki. – The Wire

Selebriti kesukaan penyambut tetamu kami, Kim Kardashian di’khabarkan telah menderma sebanyak 2 kali ganda dari nilai hadiah perkahwinan beliau sebelum ini. – TMZ

Mila Kunis menghiasi muka hadapan majalah fesyen Harper’s Bazaar edisi April 2012 dan berkata tiada siapa yang sudi untuk mengajak beliau keluar bersama sepanjang tahun lalu. Hmm, challenge accepted!Just Jared

Ini satu analisis mendalam tentang siapakah selebriti Hollywood yang paling kerap di’cari melalui Google sepanjang lima tahun kebelakangan ini. Dan, jika anda sudah boleh jangka, Michael Jackson mendahului. – Huffington Post


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. |
Permalink

Comments: Leave a Comment

Celcom The Cube Bakal Adakan Konsert Percuma Di Kawasan Sekitar Rumah Anda

Menjadi satu idaman untuk setiap peminat hiburan Malaysia untuk tidak perlu berjalan jauh demi menikmati konsert artis pujaan.

Kini, anda berpeluang untuk membawa barisan artis popular seperti 6ixth Sense, Ning Baizura, Spider, Kristal dan lain lain ke kawasan sekitar rumah anda atau lebih tepat desa atau kampung.

Celcom The Cube kini berkenan untuk merealisasikan impian anda dengan cara yang cukup mudah & hanya di’hujung jari anda.

Anda hanya perlu memilih Call Me Tones untuk diri sendiri atau yang tersayang dari senarai 20 lagu yang terpilih di laman web rasmi mereka & seterusnya anda akan menerima arahan untuk mengundi nama lokasi anda sebagai lokasi terbaik konsert percuma nanti. (…)
Teruskan Membaca →


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. |
Permalink

Comments: Leave a Comment

Gossip: Pelakon Lelaki Popular Jalin Hubungan Dengan Kerabat Pantai Timur Sejak 2009

Nampak tajuk seperti kenyataan yang tidak membawa apa apa gossip panas, tetapi jika nama selebriti ini di’sebut ia’nya boleh berpusing 360° ceritanya.

Beberapa bulan yang lalu, pelakon ini ada di’gossipkan dengan seorang pendatang baru ke dunia lakonan & menafikan yang beliau kini berada dalam mana mana perhubungan cinta.

Pelakon lelaki yang mula popular dengan filem komedi ini berkata beliau kini lebih selesa seorang diri dan menumpukan perhatian kepada karier beliau.

Minggu lalu, ada satu sumber yang rapat dengan pihak perempuan menghubungi kami untuk memaklumkan yang sebenarnya pelakon lelaki ini sudah pun menjalin hubungan sejak 2009 dengan seorang gadis manis berusia awal 20′an. (…)
Teruskan Membaca →


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. |
Permalink

Comments: Leave a Comment

Filem Minggu Ini: Bunohan

Pengarah: Dain Said

Barisan Pelakon: Zahiril Adzim, Pekin Ibrahim, Faizal Hussein, Wan Hanafi Su, Nam Ron, Bront Palarae dan supermodel, Azura

Kalau anda peminat dunia hiburan Malaysia & ternanti nanti sebuah karya filem yang boleh di’angkat. Bunohan adalah filem’nya.

Kami agak terkejut selepas habis menonton filem ini kerana kami menyangkakan ia’nya sebuah filem kickboxing tetapi filem ini lebih kepada kisah masyarakat & isu kekeluargaan.

Aksi kickboxing menjadi pembuka cerita dalam filem ini dengan menampilkan Adil (Zahiril Adzim) yang sanggup menerima perlawanan ala kalah mati tetapi di’selamatkan oleh rakan beliau apabila Adil kelihatan tidak mempunyai nasib atau peluang untuk menang. (…)
Teruskan Membaca →


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. |
Permalink

Comments: Leave a Comment

Lagenda Gusti Hulk Hogan Miliki Video Lucah Dan Kini Sedang Mencari Pembeli Berminat

Tajuk entri sebenarnya berbunyi seperti misleading — tetapi itulah pelan perniagaan kami, letakkan tajuk misleading supaya menarik trafik yang kemudian di’jual ke kumpulan pengganas. /sarcasm

TMZ baru sahaja melaporkan yang sebuah video lucah menampilan bintang lagenda gusti Hulk Hogan telah timbul & pemilik video lucah itu kini sedang mencari pembeli.

Wartawan yang sudah menonton video lucah itu berkata yang Hulk Hogan di’lihat bersama seorang gadis yang bukan bekas isteri’nya Linda atau pun isteri beliau sekarang, Jennifer McDaniel.

Tidak pasti bilakah video ini di’rakamkan tetapi pengerusi syarikat pengeluar video lucah Vivid Entertainment mengesahkan yang ada pihak yang telah pun datang menawarkan video tersebut. (…)
Teruskan Membaca →


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. |
Permalink

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Comments: Leave a Comment