MasterChef Malaysia Jatuh Ketangan Ezani | Tahniah !!

MasterChef Malaysia Jatuh Ketangan Ezani | Tahniah !!

 

Setelah 10 minggu MasterChef Malaysia bersiaran di Astro RIA, kini tibalah masa yang ditungu-tunggu…malam penentuan…malam penuh debaran…malam Santapan Penamat…dan pemenang bakal membawa pulang RM 100, 000.00 beserta peluang menerbitkan buku masakan sendiri…ya…pertembungan antara junior vs senior, doktor gigi vs pekebun….

dan pemenangnya adalah….

Comments: Leave a Comment

Resepi Ikan Kembung Percik

Resepi Ikan Kembung Percik 

Bahan-bahan:
8 Ikan kembung
1 biji Bawang besar
5 biji Bawang merah
2 ulasBawang putih
1 btg Serai
3 hiris Lengkuas
1 mangkuk Santan pekat
1 sudu besar Serbuk kunyit
1 sudu besar tepung beras
5 tangkai cili kering, direndam
1 asam keping
Garam & gula secukup rasa

Cara-cara:
1. Ikan dibersihkan, dikelar2 dan dilumur dengan sedikit garam. Ketepikan.
2. Kisar semua bawang, serai dan lengkuas.
3. Masukkan santan dalam periuk dan tenggekkan atas api. Masukkan kesemua bahan kisar dan yg lelainnya.
4. Masak dan perasakan dengan garam & gula.
5. Akhir sekali masukkan tepung beras yg sudah dibancuh dgn sedikit air. Masak hingga pekat.
6. Lapik dulang pembakar dengan foil/daun pisang dan susun ikan. Bakar separuh masak baru lumur ikan dengan kuah percik. Ulang melumur ikan dengan kuah sehingga masak sepenuhnya.

Maklumat lanjut   >> klik sini <<

 

Comments: Leave a Comment

Resepi Timis Pedas Taucu Terung Dan Kacang

Resepi Timis Pedas Taucu Terung Dan Kacang

rsz_dsc_0831
Assalammualaikum, salam Sabtu…maaf sebab baru dapat update entri baru. Mat sibuk sikit hari ni. Insya Allah esok mat akan menerima tetamu..nak tau sapa, kita tunggu esok yea. Anda dah makan?. Apa menu ni hari?. Mat pun masak yang biasa2 saya. Tapi ada antara yang biasa tu macam kurang biasa sikit. Macam entri yang ini. Sebenarnya ini goreng tauco, tapi mat letak kacang panjang. Terung dan kacang panjang mat goreng sikit dengan minyak zaitun sampai 1/2 lembut. Lepas tu toskan dan susun dalam pinggan sesuai…hmm pinggan mat guna tu pemberian Ady Budika….walaupun ia putih, tapi mat suka guna, nampak “sesuatu”. Berbalik pada resipi hari ni, kalau anda nak celur terung dan kacang tu pun ok, tapi sebab minyak zaitun ni baik untuk kesihatan, tiada salahnya guna. Kalau nak goreng dalam minyak masak biasa pun boleh. Satu lagi, resipi ni mat tabur ikan bilis yang digoreng garing sebelum kita hidangkan. Hujan2 ni makan ini lauk dengan nasi panas pun sudah cukup….sambal belacan kasi tambah, kalau nak lagi pedas..ok resipi pulak..jomm..BAHAN-BAHANNYA :-)
1 biji terung bulat saiz sederhana
6 tangkai kacang panjang
1 camca besar taucho
1 camca besar sos tiram
Sedikit sos ikan
1/4 camca teh gula
2 camca besar ikan bilis kecil, digoreng garing
1 biji bawang besar saiz sederhana, hiris halus

BAHAN TUMBUK LUMAT :-)
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 biji cili merah
1 biji cili hijau
6 biji cili padi
1/2 inci belacan

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Terung dibuang sedikit kulit, belah kepada 8 bahagian, rendam dalam air garam. Kacang panjang dikerat 1 1/2 inci, cuci dan toskan. Panaskan 5 – 6 camca besar minyak zaitun dalam frying pan, toskan terung tadi dan lap dengan paper towel. Kemudian goreng dalam minyak zaitun hingga terung layu dan lembut. Angkat, tos dan susun dalam pinggan. Begitu juga dengan kacang panjang, goreng sekejap, toskan dan susun atas terung tadi. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam kuali (kalau ada baki minyak zaitun, tuang sekali dalam kuali). Tumis bahan tumbuk lumat hingga harum, masukkan taucho, hirisan bawang besar dan sos tiram, tumis hingga garing. Guna api kecil. Masukkan gula dan sedikit sos ikan, masak hingga terbit minyak. Rasa dan jika ok boleh matikan api.
  3. Tuang no 2 tadi atas teruang dan kacang. Ratakan, tabur ikan bilis goreng. Hidangkan segera bersama nasi dan lauk2 lain. Sedap dimakan selagi hangat, sambal belacan juga boleh dimakan bersama sebagai bahan sampingan

Maklumat Lanjut >> klik sini <<

 

 

 

Comments: Leave a Comment

Resepi Roti Sardin Goreng Mayonis

Resepi Roti Sardin Goreng Mayonis

 

 

 

 

Bahan-bahan ( sorang makan )

  • roti putih-2 keping
  • Sardin tin- 1 ketul
  • Sedikit Mayonis
  • Telur -1 biji
  • Sedikit Garam
  • Minyak untuk deep fry
  • Tomato n timun tuk hiasan..
  • 1 camca makan tepung gandum dibancuh degan sikit air

Cara-cara

  1. Mula2 hancurkan sardin dengan mayonis..
  2. Pastu gelekkan roti menjadi nipis dengan pencanai..kalau x de pakai je gelas yang panjang tu..
  3. Gulung inti sardin ngan roti.. lekat hujungnya guna bancuhan tepung td..
  4. pecah telur dalam pinggan, pastu kacau skit dengan garam..then golekkan roll sardin yg dah siap digulung…
  5. Goreng dengan minyak yg agak panas dan api yg sederhana…
  6. Hias dgn timun @tomato… sedap dicicah dengan sos cili..nyum…

 

Resepi Tambahan >> klik sini <<

 

Comments: Leave a Comment

Petua-Petua Dan Tips Didapur

PETUA-PETUA DIDAPUR

1. KUPAS BAWANG
untuk elakkan mata berair semasa kupas bawang,rendam bawang didalam bekas berair.

2. MEMILIH IKAN SEGAR
Pastikan mata yang jernih,tidak berbau,warna kulit yg bersinar,insang berwarna merah jambu, isi yang kejal.

3. ATASI MASAKAN TERLALU MASIN.
Masukan Ubi kentang yang dipotong dadu atau buah pisang mudah yang di hiris.

4. MENGHILANG BAU HANYIR IKAN PATIN
Basuh denga air beras yang telah dicampur dengan asam jawan kemudian di bilas dengan air mengalir.

5. MEMUTIHKAN NASI
Masukan satu sudu kecil air limau nipis semasa masak nasi.

6. ELAK PEMBIAKAN KUTU BERAS
letakkan cili kering didalam bekas beras dan gaul.

7. MAKANAN SIHAT LAGI BERKAT
Sebelum mula memasak pasti niat yang iklas berserta doa yang baik-baik , kemudian setiap bahan-bahan mestilah di basuh dengan air yang mengalir, selepas siap semua masakan mestilah ditutup .

Tips Menarik >> klik sini <<

 

Comments: Leave a Comment

Ternak Ikan Keli Halal Dan Haram

 

Perbezaan ikan keli memakan bahan haram dan halal

 

Haram (Ikan yang diternak orang bukan Melayu diberi makan perut ayam, bahan buangan, bangkai dan organ dalaman babi. Semua benda itu tidak halal untuk umat Islam)
·  Kepala berbentuk ‘V’
·  Bentuk badan mirip torpedo
·  Badan berwarna hitam berkilat
·  Bahagian bawah badan berwarna putih melepak
·  Bahagian antara bawah kepala dan badan berwarna kuning
·  Apabila digoreng akan meletup kerana banyak lemak


Halal (diberi makan palet halal iaitu campuran beras hancur, tepung ikan, kepala ikan bilis, minyak sawit, bahan buangan kelapa sawit, kiambang dan vitamin)
·  Kepala berbentuk ‘U’
·  Bentuk badan tirus
·  Berwarna hitam kelabu dan tidak berkilat
·  Bahagian bawah badan berwarna putih kelabu
·  Tiada warna kuning kelihatan di bahagian antara bawah kepala dan badan
·  Digoreng tidak meletup

Anda juga Minat ini >> klik sini <<

 

Comments: 1 Comment

Resepi Hebat Siakap Masak Masam Manis

Resepi Hebat Siakap Masak Masam Manis

Bahan-bahan:
1 ekor ikan siakap [dibersihkan dan kelarkan]
garam dan kunyit

BAHAN UNTUK SOS:
5 ulas bawang merah (dimayang)
3 ulas bawang putih (dimayang)
1 cm halia (dihiris halus)
1/2 cawan sos tomato
3 sudu besar sos cili
2 biji cili merah (dipotong nipis)
1/2 cawan air.
1 biji tomato (belah 6)
1 pokok daun bawang & daun sup (potong pendek)
Garam dan gula secukup rasa
minyak

Cara memasak:

1.       Ikan dilumurkan garam dan kunyit. Gorengkan sehingga garing.

2.       Terbalikkan dua2 belah supaya masak rata.

3.       Panaskan minyak dan tumiskan bawang merah, baw. putih dan halia.

4.       Apabila wangi masukkan sos tomato, sos cili dan air.

5.       Masukkan juga cili potong, garam dan gula.

6.       Setelah kuat pekat, tuangkan ke atas ikan siakap yang digorengkan tadi.

7.       Hiaskan dgn daun sup & bawang dan hidangkan bersama nasi putih dan juga lauk lain.

Anda mungkin juga meminati:  >> klik sini << 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Comments: Leave a Comment