Archive for February, 2012

The Artist & Hugo Menang Besar Di Malam Anugerah Oscar 2012

Selesai pun sudah malam penuh gemilang untuk penggiat hiburan Hollywood — Anugerah Academy ke 84 atau nama popular, Oscar.

Keputusan penuh malam tadi menyaksikan 2 buah filem hebat mengungguli senarai pemenang dengan masing masing membawa pulang lima anugerah utama.

Filem bisu yang di’rakam dalam format hitam & putih, The Artist berjaya menggondol anugerah Filem Terbaik (Best Picture) selain Best Director, Best Actor (Jean Dujardin), Best Costume Design, dan Best Original Score.

Hugo, arahan pengarah prolifik Martin Scorsese dan lakonan Chloe Moretz (gambar) juga berjaya membawa pulang lima anugerah termasuk Best Cinematography, Best Art Direction, Best Sound Editing, Best Sound Mixing, dan juga Best Visual Effects.

Aktress veteran & masih awesome, Meryl Streep membawa pulang anugerah Oscar beliau yang ketiga sepanjang hayat malam tadi melalui Best Actress untuk filem The Iron Lady. Senarai penuh pemenang di CNN.


© RotiKaya Staff for RotiKaya, 2012. |
Permalink

Lady Gaga Sahkan Konsert Selama Dua Hari Di Singapura Untuk Jelajah Born This Way Ball

Dan, sekarang mesti dalam fikiran anda tertanya tanya kenapa asyik Singapura terima kunjungan nama nama besar? Tanya ekonomi.

Selepas Foo Fighters membatalkan konsert mereka di’sana hujung minggu ini (#bwahaha!), peminat hiburan di Singapura terima berita baik dari Lady Gaga.

Lady Gaga di’jadual mengadakan konsert di Singapura bersempena dengan jelajah Born This Way Ball pada 28 May 2012 ini.

Konsert yang pada awal’nya hanya di’jadual berlangsung untuk satu malam telah mendapat lampu hijau untuk kedua keesokan hari 29 May 2012. Back to back.

Konsert selama dua malam itu akan di’adakan di Singapore Indoor Stadium dan seperti biasa Lady Gaga di’jangka menyampaikan lagu lagu hits beliau dari album terdahulu dan yang terkini. (…)
Teruskan Membaca →


© RotiKaya Staff for RotiKaya, 2012. |
Permalink

Lelaki Hantar Seluar Dalam Dan Ayam Hidup Kepada Gadis Mirip Wajah Diana Danielle

Ini kisah kelakar tetapi serius buat tatapan anda semua di hari Isnin nan indah. Bagaimana hujung minggu anda semua, sudah pergi menonton Adnan Sempit 2?

Utusan Malaysia hari ini menulis yang seorang gadis berusia awal 20-an menerima beberapa siri hadiah misteri sejak dua minggu yang lalu di’kediaman beliau.

Hadiah dari lelaki misteri tersebut termasuk’lah seluar dalam, foto lelaki, nota ringkas cinta & juga tiga ekor ayam hidup sebagai klimaks peristiwa pelik ini.

Nota cinta pada awal’nya tertulis nama Diana Danielle kerana lelaki tidak mengetahui nama wanita muda tersebut. Ada teori mengatakan yang lelaki tersebut menaruh minat akan wanita muda ini dan menulis nama Diana Danielle sebagai gelaran. (…)
Teruskan Membaca →


© RotiKaya Staff for RotiKaya, 2012. |
Permalink

Adam AF Kini Salah Seorang Pengamal Perubatan Islam Di Klinik Ashraf Muslim?

Kalau di’ikutkan, kisah ini sudah agak lama dan baru kini kami ada peluang untuk menulis tentang kegiatan terbaru Adam AF ini.

Menurut sumber kami yang rapat dengan penyanyi ini, Adam AF kini sedang aktif mempelajari selok belok dunia perubatan Islam di Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah.

Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah merupakan fasiliti perubatan yang di’miliki oleh Ashraf Muslim yang kita sedia maklum kini bergelar pengamal perubatan Islam.

Hasil carian Google tengah malam kami berjaya menemui satu entri pengalaman seorang pesakit yang hadir ke Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah dan di’kejutkan dengan kehadiran Adam AF yang kelihatan membantu Ashraf Muslim merawat pesakit.

Tetapi, itu kisah hampir setahun yang lalu & mungkin’kah kini Adam AF sudah pun layak sepenuhnya untuk bergelar pengamal perubatan Islam? Kami akan cuba dapatkan kenyataan Adam AF secepat mungkin. (…)
Teruskan Membaca →


© RotiKaya Staff for RotiKaya, 2012. |
Permalink

10,000 Hadir Meriahkan Acara Penutup Royal Belum World Drums Festival 2012

Pertama sekali team Rotikaya ingin mengucapkan terima Kasih kepada Kilatan Unggul Events dan kerajaan Negeri Perak kerana sudi menjemput kami yang kecil ini ke acara yang penuh awesome!

The Royal Belum World Drums Festival 2012 ini telah selesai melabuhkan tirainya pada Ahad lalu dengan kehadiran lebih 10,000 pengunjung di Grik, Perak.

10 negara termasuk Malaysia telah membuat persembahan yang mantap dan cukup mengagumkan menggunakan alat alat muzik dari negara masing masing.

Tapi yang pasti kami amat teruja dengan delegasi dari negara Vietnam kerana ahli kumpulan ini terdiri dari gadis sunti Vietnam yang sememangnya hot dan menarik perhatian kami sepanjang festival ini berlangsung. Heh! (…)
Teruskan Membaca →


© RotiKaya Staff for RotiKaya, 2012. |
Permalink

Tahniah! Mawi & Ekin Menerima Cahayamata Pertama Jam 4 Pagi

Alhamdulillah. Setelah sekian lama pasangan suami isteri Mawi & Ekin menunggu untuk bergelar ibu dan bapa, hari ini ia’nya jadi satu kenyataan.

Menurut kenyataan tidak rasmi dari rakan rakan artis dan media di Twitter, Mawi & Ekin telah selamat menimang cahayamata pertama mereka awal pagi tadi.

Ekin selamat melahirkan seorang bayi perempuan jam 4 pagi tadi & pasangan ini masih belum dapat kami hubungi untuk ucapan tahniah dan maklumat lanjut.

Sebarang perkembangan akan kami bawakan terus kepada anda selepas ini. Tahniah buat Ekin & Mawi daripada kami di Rotikaya HQ. Penantian yang berbaloi bak orang kata selepas beberapa kali mencuba. Heh. (…)
Teruskan Membaca →


© RotiKaya Staff for RotiKaya, 2012. |
Permalink

Shaheizy Sam Terjun Ke Bidang Nyanyian, Begini Caranya Duet Bersama Yana Samsudin

Ketika peminat hiburan Malaysia ternanti nanti persembahan khas Aaron Aziz di’pentas Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke 25 nanti, ada kejutan baru.

Pemenang Bintang Paling Popular terakhir, Shaheizy Sam kini telah keluar dengan satu single sendiri duet bersama rakan pelakon, Yana Samsudin. Heh.

Menurut laporan pertama yang kami temui, lagu terbaru Shaheizy Sam & Yana Samsudin ini hanya bermain di Nasional FM buat masa ini dan peminat sedang mencuba untuk membawa lagu ini ke corong radio utama yang lain’nya.

Seperti biasa, tidak dapat kami pastikan sama ada lagu terbaru mereka berdua ini mempunyai kaitan dengan filem mereka yang sedang di’tayangkan iaitu Adnan Sempit 2 atau sekadar projek khas.

Dengarkan buat pertama kali di’sini dendangan suara Shaheizy Sam dan Yana Samsudin melalui lagu berjudul Begini Caranya selepas ini. Boleh tahan juga susunan lagu & suara mereka. Heh. Enjoice! (…)
Teruskan Membaca →


© RotiKaya Staff for RotiKaya, 2012. |
Permalink

FMI: This Means War

Oleh: Ann, PenMerah.com

This Means War filem yang sarat dengan cinta, komedi, romantik, aksi mencabar dan penuh dengan lawak yang digabungkan dengan sempurna menerusi lakonan Tom Hardy (Tuck) dan Chris Pine (FDR).

Dari satu sudut, This Means War kelihatan seperti filem Mr & Mrs Smith yang juga menjadi agen pengintip & juga di’upah untuk membunuh satu sama lain.

Bezanya dalam filem This Means War, Tuck dan FDR bersaing sesama sendiri merebut Lauren lakonan Reese Witherspoon.

Mungkin juga anda boleh membayangkan ada 2 James Bond, kedua dua’nya pengintip terbaik dan juga diupah untuk memburu pengganas tapi dalam masa yang sama berebut perempuan yang sama menggunakan peralatan yang serba canggih dan tenaga kerja yang dimiliki semata – mata untuk memenangi hati seorang wanita biasa? (…)
Teruskan Membaca →


© RotiKaya Staff for RotiKaya, 2012. |
Permalink

Video: Taiyuddin Bakar Perjelas Maksud Sebenar Di Sebalik Istilah Apa Celop?

Nama Taiyuddin Bakar atau Tai kini semakin di’kenali lebih lagi apabila beliau muncul di kaca TV dengan drama bersiri baru, Apa Celop? yang merupakan satu kesinambungan daripada filem pertama beliau, Hantu Bonceng.

Namun, sejak muncul’nya beliau melalui filem Hantu Bonceng, Tai terpaksa berhadapan dengan isu panas yang mengatakan istilah Apa Celop? hasil ilham beliau merupakan satu istilah berbaur lucah.

Kami sempat bertemu Tai baru baru ini di Istana Budaya kerana beliau juga kini terlibat dengan pementasan teater Gerimis Mengundang & persoalan apakah maksud sebenar Apa Celop? timbul menjadi topik temubual kami.

Jadi, untuk anda yang tertanya tanya dan masih keliru dengan maksud sebenar istilah popular Apa Celop?, layankan video selepas ini. (…)
Teruskan Membaca →


© RotiKaya Staff for RotiKaya, 2012. |
Permalink

Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.62)

Boleh jadi ini entri kompilasi khas bersempena Anugerah Oscar yang berlangsung semalam. Mari kita mulakan dengan senarai 11 Fakta Pelik Berkenaan Anugerah Oscar. – Geekosystem

Natalie Portman (gambar) tampil bergaya di’karpet merah Anugerah Oscar semalam yang di’panggil oleh media sebagai penampilan selepas bersalin. Sudah lapan bulan sebenar’nya. – Splash News

Ini kelakar. Sacha Baron Cohen menumpahkan ‘debu mayat’ mendiang Kim Jong Il ke atas sut Ryan Seacrest di karpet merah Anugerah Oscar. – Youtube

Selebriti bermasalah Hollywood, Lindsay Lohan bakal membuat kemunculan khas di Saturday Night Live dan memberi amaran bahawa apa sahaja boleh berlaku pada malam itu. – TMZ

Salah seorang penyampai Anugerah Oscar semalam, Jennifer Lopez di’katakan memakai persalinan yang mendedahkan lebih dari sepatutnya di’bahagian dada. Faham sendiri. Hmm. – Hollywood Life


© RotiKaya Staff for RotiKaya, 2012. |
Permalink

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...