The Holford Diet: Diet rendah ‘Glycemic Load’

Masih ingatkah lagi dengan topik “Glycemic Index” yang pernah aku ceritakan dahulu? Dimana setiap makanan yang berbeza mempunyai kesan yang berbeza dalam proses rembesan insulin? Ada makanan (GI tinggi) yang mengakibatkan insulin dirembes dengan mendadak dan banyak (insulin spike), ini adalah makanan yang secara teorinya menggemukkan. Ada pula makanan (GI rendah) yang bertindak sebaliknya, justeru tidak menggemukkan.

Buat masa ini aku sedang meneliti dan memahami konsep yang dipopularkan seorang ahli nutrisi berbangsa British, Patrick Holford menerusi diet beliau “Low GL, The Holford Diet“. Memang sesuatu yang menarik boleh dipelajari menerusi diet yang diilhamkan pada tahun 2005 ini kerana ia merupakan “the missing link” (jejambat penghubung) yang menghubungkan diet yang amat kontroversi sebelum ini, Diet Atkins, dan diet yang menjadi asas sebenar nutrisi iaitu Diet Kira Kalori. Dalam bahasa yang mudah, ia merupakan hibrid kepada kedua-dua diet yang tidak dinafikan mempunyai pengikut yang ramai di seluruh pelusuk dunia ini.

Tidak dinafikan diet kira kalori suatu ketika dahulu merupakan asas dalam menurunkan berat badan. Ia bertunjangkan kepada konsep dimana jumlah kalori yang anda makan, apabila ditolak dengan jumlah kalori yang anda bakar ketika bersenam (dan aktiviti seharian), adalah bersamaan dengan lemak yang terkumpul pada perut dan paha anda. Diet ini mensasarkan pengurangan kalori, kebiasaannya lemak, memandangkan lemak itu mempunyai nilai kalori per gram yang tinggi.

Tetapi saya melihat konsep ini dari sudut yang berbeza – makan makanan yang berlainan yang mana dikenali sebagai makanan “low-glycemic-load” mampu menurunkan berat dengan lebih banyak berbanding makanan “high-glycemic-load”, walaupun nilai kalori kedua-duanya sama! Pada ketika itu, pendapat ini mungkin masih samar (rujuk rajah di bawah).

Namun ternyata pendapat saya benar. Terdapat makanan tertentu, dengan kombinasi tertentu, yang mampu menurunkan berat badan dengan cepat, dan saya menggunakan pengetahuan ini untuk menghasilkan sebuah sistem pembakar lemak. Saya juga menyedari mereka yang menyeimbangkan paras gula dalam darah mereka bukan sahaja mampu mengalami penurunan berat badan, tetapi juga mengalami peningkatan tahap kesihatan yang menyeluruh.”

Rajah: Perbandingan antara 2 jenis makan yang berkalori sama, iaitu “Low-GL” dan “High-GL” (kedua-duanya berkalori tinggi). Kedua-duanya mempunyai kesan yang amat ketara terhadap kenaikan berat badan. Ini adalah kerana kedua-duanya mempunyai kesan yang berbeza terhadap kenaikan paras gula dalam darah, seterusnya mempengaruhi gerak-kerja insulin. Klik sini untuk mengetahui lebih lanjut gerak kerja insulin dalam metabolisma manusia (di sini, air manis digunakan sebagai contoh kerana gula mempunyai GI yang sangat tinggi).

“Secara keseluruhannya, saya terhutang jasa dengan mendiang Dr. Atkins yang pernah menjelaskan penurunan berat badan boleh dialami dengan banyak dengan berpegang kepada diet yang berprotein tinggi, tinggi lemak, tetapi dengan syarat rendah karbohidrat. Beliau juga bersependapat dengan saya bahawa obesiti adalah berpunca daripada kegagalan seseorang mengawal paras gula dalam darahnya sendiri.

Lemak dan protein dikatakan payah untuk dicernakan (metabolized) oleh tubuh badan dan memerlukan lebih tenaga, maka dengan itu Atkins berpendapat akan terhasilnya kehilangan tenaga/kalori dalam bentuk jasad-jasad Ketone menerusi air kencing. Menerusi konsep ini, tidak kisahlah berapa kalori yang anda ambil dalam sehari, anda pasti akan mengalami penurunan berat badan.

Dr. Atkins sudah berada pada landasan yang betul, tetapi huraiannya tidak tepat, begitu juga dengan diet yang dibawa beliau. Kita sudah tahu bagaimana diet tinggi-protein bertindak. Ianya bukan disebabkan oleh lemak dan protein sukar untuk dicernakan kepada tenaga sehinggakan anda kehilangan banyak kalori untuk tujuan mencernakannya. Teori seperti ini sudah dipatahkan dan terbukti salah.

Diet tinggi protein seperti ini bertindak dengan cara yang mudah – pengamalnya akan menikmati makanan dalam jumlah yang sedikit kerana makanan yang berprotein ini, apabila dimakan sahaja tanpa karbohidrat, memang cepat muak. Kamu akan berasa “cepat kenyang” jika makan daging, ikan, dan keju semata-mata, kerana makanan-makanan seperti ini mampu menyeimbangkan paras gula dalam darah anda, ini sekaligus, mengurangkan kuantiti makanan yang masuk ke dalam badan. Walaubagaimanapun, cara ini (ambil protein tanpa karbohidrat yang mencukupi) mampu menjurus kepada beberapa masalah yang serius. Saya akan huraikan nanti

Petikan di atas merupakan kata-kata Patrick Holford sendiri dalam bukunya, “The Holford Diet, Low GL“.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>