Tip nak tinggikan kereta.
Pertanyaan Yang diajukan
adda salam. keta neo saye nih lowered bebenor ..boleh tlg cadangkan camne nak bg kereta tinggi skit dan brp expected cost? tq!
Thanks bertanya pada adda.. maaf agak lambat sikit nak jawab…Selalunya orang sebut lowered kan kereta kali ni lain pulak ( nak tinggikan kereta pulak dahh…) sebenarnya saya tak tau nak jawab camner ..memang tak arif bab ni… cuma saya hanya dapat bagi sedikit pandangan ajerr..
_______________________________
Tip nak tinggikan kereta sikit
_______________________________
Hanya Pandangan Saya..
Pergi kedai tayar boleh buat macam kat bawah untuk kasi tinggi kereta korang…
1) Bahagian depan -hanya tambah Coil Spring buffer (jarang nampak orang tambah spring bush kat depan pasal kereta akan nampak tak cun jadinyerr..)
2) Bahagian belakang -Boleh pasang Coil Spring buffer and spring bush(kalu slalu kereta naik ramai) bush atas 1 inchi, bawah 1 inch dah kira ok dah.. kalau 2 inch lebih kurang 5 jari boleh masuk.. tinggi sangat lahh…

Spring Bush
kalau letak spring bush ..bentuknya macam alas spring la…adalah nampak tinggi sikit..Dipasang pada atas atau bawah spring…(selalu klu budak-budak yang nak main concept rally dorang tambah getah sampai 2 inch lebih sampai kerete jadi tinggi semacam.) harga dalam RM20-RM40 rasanyer jerk…

Yang lecehnya kalau pasang bush belah depan kena buka leraikan spring dan absober sebelum pasang Spring bush ni… banyak kerja sikit…
Tapi kalau bahagian belakang sesetengah kereta ada senang sikit just hanya letakkan pada bahagian atas dan bawah saje pada spring tu…
Coil Spring Buffer
Coil Spring Buffer diperbuat dari meterial getah or silicon… Coil Spring buffer nih dia terletak pada tengah-tengah spring…Kalau tambah buffer nih tinggikan kereta sikit ajer tak sampai beberapa inch pun…Tapi kerete akan rasa selesa sikit….. Kalau tak silap harga untuk depan RM 40 untuk belakang RM 30 kot nyer lah harganyerr…
Basically spring buffer ni untuk menyerap tekanan pada spring kereta anda. Kebanyakan kereta yang dah lowered ke, atau tukar ke rim yg lebih besar akan mengalami masalah sagat tayar terutama kalau full load. Jadi dengan ada spring buffer ni, dapat mengatasi atau mengurangkan masalah tersebut


Adjustable Absorber
Penukaran ‘adjustable absorber‘ mungkin dapat mengatasi masalah tersebut .. terpaksa korang beli absober yang boleh adjust tinggi punya tapi bajet kos tinggi lah … Kalau amik adjustable, baik yang betul-betul branded cam HWL & Titan brand luar baik punya dalam RM2000++ la. kalo adjustable yang Malaysia keluarkan seperti GAB,HWL,HOTBITZ harga bawah RM2000 sahaja…Tapi ni memang kompom OK. Pilih ajer nak yang camner , nak HI/LOW atau SOF/HARD cuma kebanyakan ‘adjustable absorber‘ bergantung pada spring yang kita pilih. Kangkadang tu ‘adjustable absorber‘ kita beli memang siap dah ade spring lagi.
Jika kereta anda rendah,boleh tinggikan sedikit dengan menggunakan adjust wrench tool..Kalau pandai buat adjustable nie memamg kite leh adjust sendiri…kalo kat kedai…upah adjust nak bagi tinggi/rendah sebatang dia charge RM30…bukan susah pun…bukak tayar…pakai alat yg dia sediakan masa beli adjustable tu…
Contoh macam aku pakai adjustable GAB HA series.boleh adjust 2 cara..adjust spring dan tapak.so untuk kesan cengkaman yang best,kita kena bagi sama tinggi or rendah depan dan belakang..contohnya aku set jarak antara tayar & fender 2 1/2 jari.depan belakang kena sama.kalu korang nak tinggi lagi contohnyer 5 jari, so depan,belakang pun kena 5 jari gak.
Sport rim / Tayar besar
Mungkin ada yang cadangkan gunakan Sport rim/ tayar yang lebih besar sama ada 16 inch…17 inch untuk meninggikan sedikit kereta korang… rasanya tak banyak membantu meninggikan kereta korang, Ini bukan jalan penyelesaian yang sesuai… Elok lagi gunakan rim dan size tayar asal lagi…Kalau guna Sport rim besar tentu tayar tukar size besar gak.. sagat tetap akan sagat pada body, boleh rosak bunga tayar.. Pandai-pandai lah korang yerr ketuk fender tu bagi rata..
Andai kata korang nak gak tukar sport rim yang jauh lebih besar ( 16 inch…17 inch ) maka bearing asal kena tukar baik punya sebabnya bearing asal itu pastinya tidak mampu bertahan lama… Jika guna sport rim yang terlampau besar plak berkemungkinan drive shaft tak dapat nak handle.. performent kereta korang juga mungkin berkurangan juga..
Heavy duty Spring
Pakai spring sport bawah asyik sangkut je dengan bonggol.. Kalau korang dah tukar absober Boleh lah korang cari heavy duty spring (spring nie keras lebih kurang cam supertoring) ..
Carilah yang bersesuaian dengan performant kereta korang sama ada cari kat kedai potong body, kedai tayar atau oder kedai spare part.. kena tengok jugak, cuba kira berapa lingkaran lebih berbanding spring stendard sedia ada tu…Walau pun rasanya tak banyak membantu meninggikan kereta korang … heavy duty spring agak keras… mesti tak selesa nak buat drive.. begitu juga sebaliknya kalau lowered.. spring lembut….
Penukaran Absorber
Yang sebenarnya absorber yang menentukan tahap ketinggian atau kerendahan sesebuah kereta. kalau nak tau absober tu tinggi atau lowered ke tak, kita check dan ukur tinggi antara kaki absorber dengan mangkuk yang nak tutup spring tu.. Ketinggian kaki absorber dengan mangkuk spring tu tak sama tinggi antara satu jenama dengan jenama lain…
Adengan yang tak best…
Memang diakui terdapat banyak kebaikan membina bonggol dilengkapi papan tanda serta garisan kuning. tetapi ada kalanya bonggol itu dibina terlalu tinggi, tidak rata dan sekali gus membahayakan pemandu kenderaan .. kereta standard ajerr pun tak lepas bonggol… bukan salah keretakan…
Apa pun ini hanya pandangan saya sahaja… kalau apa-apa yang salah harap maaf dan sila perbetulkan kesalahan yang ada…
Segala saranan, pandangan & komen untuk kami teliti dan perbaiki.. Silalah diutuskan di ruangan Chart box atau coloum comment.. Thanks.
