Diy Pasang Head unit dan Power Amp


Pertanyaan yang diajukan..
Shaifulrizzam:Salam Bro. Nk tanya lgi klu aku de bujet duit RM1000 nk psang sdiri Audio sis. cadang nk beli player ngan pwer amp, cukup x bro? cmner nk wat wiring sdiri yg simple & sng paham. trima kasih skali lg bro dh byk tolong :)

Jawapan kami….
Thanks pada shaifulrizzam bertanya lagi pasal ni.. Maaflahhh agak lama tertunda jawapannya…aku ni tak mahir lahh bab-bab wiring audio sistem ni…So kena buat reseach dulu ambik masa sikit ni….

Ok…Dengan RM 1000 tu memang tak banyak benda boleh dapat kalau ambil yang branded punya..aku just assume ko pakai sistem yang murah, tapi setting yang betul…EEERRR RM 1000 tu tak masuk head unit eh?..sebab cd player (head unit) je dah harganya punRM 400-500 gak lah…

Kalau dengan duit RM1000 tu hanya dapat beli sebiji Power amp sahaja.. Pastikan Power amp tu untuk tujuan apa pada audio korang..(apa funtion dia pada sistem yang korang nak gunakan). Sebagai contoh:

1)Dengan sebiji power-amp untuk memacu 1 set component speaker system yg terdiri dari sepasang mid-bass speaker & sepasang tweeter….gunakan passive crossover utk mengasingkan bunyi mid-bass & tweeter.. Atau

2)Dengan sebiji power-amp untuk memacu 1 atau 2 biji sub-woofer bersaiz 10 atau 12 inci…untuk dentuman bass…..
* Jadi korang pilihlah sendiri… mana satu yang nak korang gunakan…
_______________________________
DIY Wiring Player ( head unit)
_______________________________
Sebenarnya ada banyak pilihan pemain head unit di pasaran. memang murah tetapi fungsinya basic.. kalau boleh baca dulu kat lebal kotak dia apa funtion sesuatu Player head unit ni..Kalau pandai pilih masa beli Head unit kadang kala siap ade sub output tak perlu beli pre amp/electronic memang dah power bunyi dia. hah kan dah untung sikit….

Kalau memang bercadang nak pasang sendiri Player head unit dinasihatkan perlu lah benar-benar memahami keseluruhan diagram litar head unit yang nak dipasang dan litar audio dari kereta korang. Sekiranya korang rasa tidak pasti atau was-was sebaiknya jangan diteruskan kerana penyambungan yang salah akan merosakkan head unit anda

1) Sebelum memulakan penyambungan wayar buka kabel negative bateri dahulu,tujuanya adalah untuk mengelakan berlakunya kejadian litar pintas semasa penyambungan wayar sedang dilakukan.
2) cabut keluar head unit yang lama ,cabut wayar entena,wayar speaker dan wayar power supply.

3) sambung wayar head unit baru ke adapter wiring kereta mengikut diagram yang dibekalkan oleh pengeluar player tersebut…
- wiring bateri,ground dan accesory terlebih dahulu (benda wajib)
1.bateri=dari radio(kuning) sambung ke kereta(merah)
2.aksesori=radio(merah) sambung ke kereta(biru)

3.Ground=radio(hitam) sambung ke kereta(hitam)

-Wiring sambungan Speaker dan antena
4.speker belakang kiri =radio[(kelabu(+),kelabu jalur hitam(-)] sambung ke kereta[(hitam (-),kuning/biru(+)]
5.speker belakang kanan=radio[coklat(+),coklat jalur hitam(-)]sambung ke kereta[(hitam(-),kuning/merah(+)]
6.speker depankiri=radio[biru(+),biru jalur hitam(-)] sambung ke kereta [hitam/biru(-),putih/biru(+)]
7.spiker depan kanan=radio[hijau(+,)hijau garis hitam(-) sambung ke kereta [hitam/merah(-),putih/merah(+)]
8.sambung wayar entena.(connect the antenna)

- Siap semua pastikan Tape sambungan kemas … pasangkan cable negative bateri semula..
- Cuba try test funtion head unit tersebut ada bunyi ke tak…. kalau da ok dah puas hati masukkan kembali player head unit ke tempat asalnya(adapter slot)
_______________________________
DIY Wiring Power Amplifire
_______________________________
Power amplifire tujuan untuk menguatkan bunyi biar bunyi umphh lagi power dari head unit.. Power amplifire berkualiti rendah atau tak cukup kuasa akan memberi bunyi yang tak berapa jelas…tapi tak kisah lahhh kalau nak buat budjet dapatkan satu Power amp yang agak-agak bagus pastu pasang sendiri….

Apa pun perlu memahami keseluruhan litar Power Amplifire unit yang nak dipasang tu.. Kena fahami diagram yang di bekalkan oleh pengeluar Power amp tersebut…

Macam kat bawah ni diagram wiring Power Amp paling simple ajerr… mudah mudahan korang senang faham yerr…

1. first sekali…Buat wiring Fuse ini melindungi kereta korang daripada terbakar takut plak berlaku pintasan .Buat wiring di antara fius dan terminal bateri kepada + 12 pada belakang amp..fuse dekat bateri tu yang penting..kalau tidak ape apa short berlaku jahannam semua..

2. Cabut radio keluar tengok belakang, cek mana satu wayar speaker belakang tarik socket audio cable radio tulis “output” kasi sambung terus ke amp. yang ni kena pakai RCA cable…..


4.Ok cuba lihat amp tu adalah 3 tanda pada belakang amp tu. 12v, Rem & GND…
- Yang ada tanda 12v tu tarik wayar bateri yang di sambung pada fuse sambung guna power cable dani masuk kat tanda 12v.
- Tanda GND adalah ground cuba tarik 1 wayar pergi ke body. contohnya power amp letak kat bawah seat, tarik wayar ground ke skru seat .
- Last tanda REM tu bermakna “remote”.
Remote ni guna dia untuk kasi hidup itu amp skali bila head unit (radio) bila on kan suisnya.
Tarik wire dari belakang head unit ke REM (remote).. Kalau tak pasang wire ni memang jawabnye power amp tu sentiasa dalam keadan on ajerr..
Kalau nak elok sikit sekurang-kurangnya saiz wayar Direct Cable 10mm.


- Selalunya sumber kuasa amp ni selalunya di tarik dari batteri. Selalu orang pakai wire merah tebal dan agak kasar tu ikut grade jugak lah (samada nak guna 1 gauge, 2 gauge atau 4 gauge). makin kecil number dia, makin mahal.Kalau tak betul wire ni bila pasang kuat kuat dia jadi putus- putus karen macam tak cukup (selalu terjadi pada siape pakai sub)

5. Pastu cari wire untuk speaker baik sikit dan tarik wire dari output ke speaker kereta korang…
Ok dah siap…. Cuba test ok boleh funtion atau tak…. Insya Allah boleh punya…

Perlu diingatkan,
kuasa amp dan speaker mestilah sama
contohnya:
a) kalau Power amplifire tu boleh support 500w, tapi power yg dikeluarkan dari player head unit hanya 100w… bunyi yang di keluarkan pun tak berapa sedap.
b)kalau Power amplifire support 500w, head unit pun support 500w jugak.. tapi yg slac kat speaker cuma support 250w… tak pasal.. pecah hancur speeker tu

Adjust tune power amp
Yang ni korang setting sendiri … nak terangkan pun aku tak berapa tahu… ikut lah cita rasa korang yerr… cuma pada Gain control (macam vol. control) kat power amp tu jangan bukak habis. Selalu bukak separuh aje. Nanti amp jadi cepat panas.

Apa pun ini hanya pandangan saya sahaja… kalau apa-apa yang salah harap maaf dan sila perbetulkan kesalahan yang ada…
Segala saranan, pandangan & komen untuk kami teliti dan perbaiki.. Silalah diutuskan di ruangan Chart box atau coloum comment.. Thanks.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Comments: Leave a Comment

Leave a Reply