Archive for October, 2011
Dah lama tak buat pizza. Pastu tenguk ada pulak tepung roti yang akak beli tak berusik sekian lama. Buat masa Ira balik dari asrama hari Jumaa lepas. Akak buat dalam loyang besar dan buat 1 1/2 kali ganda dari resepi. Pastu suku akak letak bawang dan tomato dan sebelah lagi tak letak sebab anak-anak tak suka.
Resepi ni akak ambil kat blog abang fofolur tu ..sape lagi Chef Ah Mat Gebu.
BAHAN DOH
- 500 g tepung roti
- 250 ml air suam
- 10 g yis segera
- 1 camca besar gula halus
- 1 camca teh garam halus
- 4 camca besar mentega
- 1 camca teh bread softerner
- 1 camca teh bread improver
- akak tambah oregano–sebab suka bau dia bila di bakar
BAHAN ISIAN
- 1 1/2 cawan sos tomato
- 6 batang sosej ayamas, hiris bulat-akak guna yang ada cheese kat dalam
- 10 kuntum cendawan butang, dihiris-tak letak
- 1/2 biji red capsicum-tak letak
- 1/2 biji yellow capsicum-tak letak
- 1/2 biji green capsicum
- 10 biji buah zaitun, belah 2 setiap biji
- Keju Mozarella secukupnya
- 1 camca teh lada hitam yang baru dikisar-akak guna serbuk lada hitam aji sho
- akak letak crab sticks dan tambah tomato di hiris
CARA MEMBUATNYA
- UNTUK DOH :- Bancuh yis dengan gula dan 1/2 bahagian air suam, kacau rata dan tunggu berbuih. Sementara itu, gaul garam, oregano, bread improver/softerner dengan tepung hingga rata, lambakkan atas meja bersih dan buat lubang dibahagian tengah tepung, tuang bancuhan yis dan baki air suam sedikit demi sedikit sambil menggaul tepung hingga menjadi doh. Uli hingga lembut. Masukkan mentega dan uli hingga doh licin dan kenyal (kena uli lama sikit). Bulat2kan doh dan alih ke dalam bekas, tutup dengan kitchen towel yang besih dan biarkan 1 jam hingga naik sekali ganda.
- KAEDAH LAIN :- Masukkan semua bahan untuk doh ke dalam bread maker, pilih setting untuk doh dan tekan on, tunggu hingga siap.

- UNTUK PIZZA :- Panaskan oven pada suhu 200C, lenser dulang pizza dengan sedikit mentega, bagi 2 doh, ambil satu bahagian, bulat2kan dan canai, alih doh ke dalam dulang tadi dan tekan supaya rata dan bulat. Masukkan ke dalam oven dan bakar kosong selama 5 minit. Keluarkan dan sapu dengan sos tomato dan tabur bahan2 inti ikut suka dan akhir sekali tabur parutan keju mozarella dan lada hitam. Bakar kembali selama 20 – 25 minit hingga keju cair dan roti pizza kelihatan kekuningan. Boleh dihidangkan…..
Resepi Masakan Honey Squid (Sotong Bermadu)
Mana-mana akak gi ke blog teman-teman cyber sibuk buat honey prawn…oleh sebab akak tak ada stok udang akak gantikan dengan sotong…jadilah sotong bermadu…jangan kena madu udahlah ye….akak bubuh brokoli yang telah di rebus sebab malas nak masak sayur..ambil idea ni dari nor di kt…yang makan cuma akak dan hb…anak-anak menghabiskan sotong aje..
terima kasih dayang http://dayangjack.blogspot.com/ pasal bagi resepi yang enak ni..akak c & p ajelah ye..tapi edit sikit..jangan marah ekk?
bahan-bahan :
- 400 gm udang basah (diperap bersama serbuk kunyit, garam dan 1 sudu makan tepung jagung selama 10 minit. Kemudian digoreng sehingga garing)-akak tukar sotong
- 1 labu bawang besar*
- 1 biji cili merah*
- 3 ulas bawang putih*
- 3 sudu makan madu (dibancuh dgn 60 ml air)
- 2-3 biji cili api (diketuk)
- 1 sudu makan sos cili
- 1 sudu makan jus lemon
- sedikit daun ketumbar (dihiris)
- 1/2 sudu besar kicap pekat
Cara-cara :
- Kisar bahan2 bertanda *. Panaskan sedikit minyak di dlm kuali.
- Tumis bahan2 kisar hingga garing. Masukkan madu, kicap dan sos cili.
- Kacau sedikit. Kemudian masukkan cili api dan daun ketumbar.
- Setelah kuah agak kering, masukkan udang, jus lemon dan daun ketumbar.
- Gaul mesra selama 10 saat. Tutupkan api. Hidangkan.
Kalau tak rajin masak akak masak kicap. Ala semua orang tau nak masak kicap kan. Tak perlah..akak tepek resepi ni supaya anak akak senang nak masak di kemudian hari.
Bahan-bahan
- 500gm daging batang pinang/daging lembut-hiris tipis
- 2 biji ubi kentang-hiris lebar dan goreng
- 4 biji bawang putih-tumbuk
- 1/2 sudu teh lada hitam-tumbuk
- 3 sudu makan cili kisar
- 1 labu bawang besar-hiris bulat
- 1/2 cawan kicap manis-akak guna chap kipas udang-nak lebih tambah lagi
- 1 biji cili hidup-hiris serong
- sedikit air
- minyak dan garam secukupnya
Cara-caranya
1. Panaskan minyak, goreng ubi kentang sehingga perang dan toskan.
2. Perlahankan api, tinggalkan sedikit minyak, tumis bawang putih dan lada hitam sehingga wangi, baru masukkan cili kisar.
3. Biarkan cili masak baru masukkan daging, kacau dan biarkan sekejap.
4. Masukkan kicap dan gaul rata dan masukkan sedikit air dan biar sehingga daging empuk.
5. Bila daging dah empuk masukkan sedikit garam, hirisan bawang besar, ubi kentang goreng dan cili merah.
6. Biarkan sekejap baru di angkat. Makan bersama nasi panas
Buat lagi resepi spageti ni..sedap dan mudah nak membuatnya. Ikut resepi sape..resepi chef ah mat gebulah..
BAHAN-BAHANNYA
100 gram spaghetti
1 biji bawang holland (bawang besar kaler kuning), didadu
3 ulas bawang putih, cincang halus
1/4 biji green capsicum, dadu-tak letak
1/4 biji red capsicum, dadu-tak letak
4-5 biji cili padi, dititik (optional)
1/2 camca teh herba Basil (jenis kering dalam botol)
1 helai bay leaf
5 biji buah zaitun hijau-tak letak
5 biji buah zaitun hitam-tak letak
6 ekor udang besar, dibersihkan-akak campur dengan sotong
1 biji tomato merah, didadu
Garam secukup rasa
Lada hitam yang baru dikisar secukupnya
Minyak zaitun untuk menumis (akak guna “extra virgin”)CARA MEMBUATNYA
- Didihkan air dalam periuk, letak garam dan masukkan spaghetti, rebus hingga lembut tapi bukan lembik (ikut arahan pada bungkusan atau keinginan sendiri). Toskan dan tuang sedikit minyak zaitun, gaul rata. Ketepikan.
- Panaskan minyak zaitun dalam kuali, masukkan bawang besar, bawang putih dan bay leaf, tumis hingga layu dan masukan tomato. Masak hingga tomato lembut. Tambah udang (sotong) red dan green capsicum serta buat zaitun hijau dan hitam. Kacau rata dan masak sekejap hingga udang berubah warna.
- Masukkan herba Basil, lada hitam dan garam secukup rasa. Tambah spaghetti tadi dan gaul rata hingga mesra. Rasa dan jika ok, matikan api. Hidangkan segera, jika suka boleh tabur sedikit lagi lada hitam sebelum dihidangkan…
Tips Sedap >> klik sini <<
Sebab tak rajin akak beli ajer tortilla, pastu letak garlic butter pastu letak campuran cili sos/mayonis/tomato sos, letak inti pastu letak plak slice cheese yang di potong kecil .
Kemudian di gulung dan terus letak dalam frying pan.Akak guna sedikit minyak zaitun dan goreng sehingga kekuningan.
Resepi filling :
- 5 batang sosej
- 1 biji bawang besar
- 2 biji tomato
- 1 biji bawang putih
- Sedikit italian herbs atau oregano(mixed herbs pun boleh)
- sedikit garam dan serbuk lada hitam
- Sos cili di campur dengan mayonis dan sos tomato
Cara penyediaan :
- Potong sosej nipis-nipis , kupas semua bawang dan di mayang halus . Potong kiub semua tomato.
- Panaskan sedikit minyak zaitun dan tumis bawang putih dan kacau sampai bawang layu kemudian masukkan bawang merah dan kacau lagi sehingga layu.
- Kemudian masukkan semua sosej dan serbuk italian herbs , kacau sehingga sosej masak.
- Biarkan sejuk dan letak diatas tortilla yang telah di sapu garlic butter ataupun cili sos yang telah di campur dengan mayonis dan tomato sos.
- Gulung dan goreng dengan sedikit minyak zaitun dan balikkan sehingga perang.
- Bolehlah di makan.
Buat puding caramel ni ke rumah Eyriqazz, tempahan nak buat makan-makan sempena sambutan hari jadi anak dia yang ke 2 tahun.
Sebenarnya ada macam-macam stail nak buat puding caramel. Ni salah satunya dan akak dah pernah buat dulu. Yang ni nampak tebal sebab akak buat 1 1/2 kali adunan.
- 400cc(400ml) susu segar/susu cair
- 5 sudu besar gula halus
- 3 biji telur- pada suhu bilik
- 2 biji telur kuning-pada suhu bilik
- 2-3 titik esen vanila
KARAMEL
- 5 sudu besar gula
- 2 sudu besar air
Cara-cara
- Sediakan karamel: Masukkan gula ke dalam periuk dengan 1 sudu besar air. Masak di atas api sederhana. Bila nampak sedikit perang, masukkan 1 sudu lagi air. Masaklah sehingga perang. Tuang ke dalam loyang. Ketepikan.
- Masukkan telur dan kuning telur ke dalam mangkuk. Sambil dikacau masukkan gula sedikit demi sedikit. Kacau dengan perlahan sehingga sebati. Jangan biarkan berbuih
- Dalam periuk lain masukkan susu dan esen vanila. Panaskan sehingga 60 degree. Jangan sampai mendidih. (Rasa dengan jari tau)
- Dengan susu yang masih panas lagi, masukkan sikit demi sedikit susu ke dalam telur tadi. Kacau sehingga sebati. (Akak tuang ke dalam loyang dengan menggunakan tapisan,,nak bagi cantik kat puding tu)
- Tuang ke dalam loyang yang ada karamel tadi.
- Tutupkan loyang dengan 2 lapis aluminium foil. Kukus dengan api sederhana selama 30 minit
- Atau boleh juga dibakar di dalam oven. Tapi perlulah diletakkkan air suam ke dalam dulang pembakar. Bakar selama 40-45 minit pada suhu 150 degree.
- Bila dah masak. Jangan buka aluminium foil. Biarkan 5 minit. Kemudian bolehlah dibuka.
- Bila sejuk bolehlah disimpan dalam peti sejuk.

Dah lama tak buat mee soto..teringin pulak nak makan…rajin tak rajin mestilah buat sendiri kan. Dulu dah pernah tepek resepi..tak kisahlah kan..akak tepek lagi. Bahan-bahannya
- 500gm mee kuning (bee hoon pun boleh) – dicelur
- 100 gm/50 sen taugeh -dibersihkan (kalau ada masa lerr!) dan dicelur
- 1 ekor ayam (kira-kira 1.5 kg)- dibelah dua atau empat
- 3-4 liter air
- 3 sudu makan ketumbar }
- 3 sudu makan jintan kasar }
- 2 sudu makan jintan halus } — disangai & dikisar halus
- 1 sudu teh serbuk lada putih
- 1 batang kayu manis
- 4 biji buah pelaga
- 4 biji bunga cengkih
- garam secukup rasa
- 200 ml minyak untuk menumis
- 1 biji bawang besar hiris
akak tambah : 1 kuib ayam dan 1 sup punjut adabi Bahan-Bahan Ditumbuk/Kisar
- 3 biji bawang besar
- 8 ulas bawang putih
- 5 cm halia
Bahan2 Sampingan/Taburan
- secukup daun sup & daun bawang
- bawang goreng
- bagedil
- sambal kicap cili padi
- isi ayam (disiat-siat)
Sambal Kicap Cili Padi
- 25 biji cili padi merah/cili api
- 4 ulas bawang putih
- 125 ml (dalam 1/2 cawan) kicap lemak manis
- jus dari perahan 2 biji limau kasturi
1. Goreng cili padi dan bawang putih bersama sedikit minyak ..lepas tu meletup tau..cepat-cepat tutup dengan penutup periuk dan padam api. 2. Toskan dan kisar/tumbuk dan perahkan jus limau)
Peraturan Membuat Kuah Soto:
1. Panaskan minyak di dalam periuk. 2. Tumis bawang besar tadi hingga kuning sedikit. Masukkan rempah tumis (kayu manis, cengkih & pelaga) yang telah dititik. 3. Kemudian, masukkan rempah yang telah dikisar. Kacau hingga garing dan naik baunya. 4. Masukkan serbuk ketumbar, jintan halus, jintan kasar dan lada putih. Kacau hingga rata. 5. Masukkan ayam, air, kiub ayam, rempah sop punjot dan garam. Kacau sekali-sekala dan biarkan hingga mendidih. Kemudian, keluarkan ayam yang telah empuk dari periuk.
Akak suka goreng ayam tu sekejap dan barulah di siat-siat.
Cara Menghidangkan Mee Soto
- Ambil mee/bee hoon lalu bubuhkan dalam mangkuk. Bubuhkan juga taugeh celur.
- Tuangkan kuah soto dan taruklah isi ayam yg telah disiat ke atas mee tadi.
- Taburkan daun sup/bawang dan bawang goreng.
- Bubuh sebiji bagedil dan sedikit sambal cili padi.
BAGEDIL (PEGEDIL)
Bahan-bahannya (akak buat separuh dari resepi)
- 1 kilo kentang (dikupas kulitnya,dipotong bulat)
- 250 gram daging cincang (goreng dgn sedikit garam hingga kering)
- 2 biji putih telur (utk mencelup bagedil, bubuh siket garam)
- 1/2 cawan bawang goreng
- secukup daun sup/daun bawang (dihiris)
- 2 sudu teh serbuk lada putih
- garam secukup rasa
- secukup minyak utk menggoreng bagedil
Cara 1. Panaskan minyak dalam kuali. Goreng kentang yang telah dipotong bulat dan angkat setelah kentang masak. Toskan. Kemudian tumbuk sehingga lumat. 2. Masukkan daging cincang, serbuk lada putih, daun sup/bawang, bawang goreng, dan garam. 3. Gaul hingga rata dan sebati. 4. Bentukkan bulat-bulat dan celupkan dgn putih telur sebelum digoreng dalam minyak panas.
gambar lama ..N3 yang lalu..
Akak jarang (bukan tak pernah beli ye) beli bawang goreng kat kedai..suka buat sendiri…..lagi harum bau dia…selalunya lepas hiris bawang kecil tu akak lumurkan dengan sedikit tepung jagung dan sedikit garam..ramas-ramas sedikit barulah di goreng.
Cuti sekolah ni bila tanya anak..nak masak apa ek hari ni? 3 orang menjerit..masak ayam..alahai ayam lagi. Kenalah ikut tekak anak-anak, mak punya tekak dah puas makan.
Nak masak merah cam dah selalu ajer tapi anak sukalah masakan camni. Kali ni akak ambil dari blog Ummi dan Ummi ambil pulak dari blog Sherry @ Citarasa Dari Dapur. Yang buat rasa ayam masak merah ni lain sebab guna susu cair.
Bahan:-
- 1 ekor ayam (dipotong 12)
- 1 sudu makan serbuk kunyit + garam secukupnya (untuk goreng ayam)
- 5 biji bawang merah )
- 3 biji bawang putih ) ditumbuk
- 1 in. halia )
- rempah tumis (kayu manis, buah pelaga, bunga lawang & cengkih)
- 2 sudu makan cili kering kisar
- 3 sudu makan tomato puree
- 1/2 cawan sos tomato
- 1/2 cawan sos cili
- 1 sudu makan sos tiram
- 1/2 kiub pati ayam maggie
- 1/2 cawan susu cair
- garam dan gula secukup rasa
- serbuk perasa (optional)
- sedikit minyak untuk menumis
Bahan Lain:-
- 1 tin kecil kacang peas
- 2 biji tomato (belah 4/6)
- 1 bij bawang besar (dipotong bulat)
- sedikit daun bawang
Cara-Cara:-
- Panaskan kuali untuk menggoreng ayam dan goreng hingga ayam setengah masak. Angkat dan ketepikan.
- Keluarkan minyak dalam kuali dan tinggalkan lebihkurang 1/3 cawan, tumis bahan tumbuk/kisar dan cili kering tadi dan masukkan rempah tumis.
- Masukkan tomato puree, sos tomato, sos cili, dan sos tiram. Kacau gaul hingga naik bau.
- Masukkan susu cair, garam, gula, serbuk pati ayam dan serbuk perasa. Biarkan sebentar.
- Masukkan ayam, balik-balikkan hingga ayam bersalut sebati dengan bahan. Biar mesra sekejap.
- Masukan bawang besar, tomato dan daun bawang.
- Akhir sekali baru masukkan kacang peas, tutup api dan hidangkan dengan nasi minyak hujan panas atau nasi tomato/beriani.
#Nota – Ayam masak merah versi Sherry ini mmg tidak menggunakan air, hanya minyak sahaja, sebab itu memerlukan minyak yg lebih sedikit untuk menumis.
Buat gak nasi mentega..patutnya nama nasi ni nasi mentega kismis, dek sebab kismis tak ada stok, akak namakan ajer nasi mentega.
BAHAN-BAHANNYA 4 cawan beras basmathi, cuci dan rendam 25 minit, toskan. (akak guna cawan yg dpt masa beli periuk nasi) 5 cawan air 1 cawan susu sejat “IDEAL” 1 kiub ayam “Maggi” (optional) 2 camca besar mentega Garam secukup rasa 1/3 cawan kismis-tak letak
BAHAN TUMIS 1 biji bawang besar, didadu 2 ulas bawang putih,hiris 1 batang serai, dititik 1 helai daun pandan, disimpul 1 inci halia, hiris nipis 1 kulit kayu manis 1 kuntum bunga lawang 5 kuntum bunga cengkih 2 biji buah pelaga
BAHAN HIASAN Hirisan daun bawang Hirisan daun sup Bawang goreng Minyak Gorengan Bawang secukupnyer untuk dgaul dgn nasi>> yg ni kita tambah suke dgn aroma bwg goreng CARA MEMBUATNYA
- Dalam kuali, cairkan mentega, masukkan bahan tumis dan tumis hingga harum, masukkan beras dan kacau hingga mesra, masak 1-2 minit. Masukkan kiub ayam (hancurkan) dan gaul rata.
- Alih beras ke dalam rice cooker, tuang air dan susu, kacau rata. Tambah garam secukup rasa dan tanak nasi seperti biasa. Bila kering, taburkan kismis dan biar nasi betul2 masak. Gaul nasi dengan chopstik. Biar sekejap.
- Tabur bahan2 hiasan sebelum dihidangkan bersama acar dan lauk2 kegemaran. Selamat mencuba..

Pagi tadi ke car boot sales ..ternampak benda ni..terus grab sebab murah sangat.
Teko alladin dah ada gak tapi bila tenguk teko bentuk ni terus jatuh cinta. Lepas ni nak kena cari anak-anak dia..orang kata harga anak-anak dia mahal sungguh sekarang ni ..ratus gaklah nak kena keluarkan dari purse.

|
|
|