ISTIMEWANYA FLORIA PUTRAJAYA 2011
Pameran lebih 100 spesies bunga Ros yang terdiri dari spesies hibrid, floribunda, grandiflora, miniature, pepanjat, tanaman renek dan pokok akan dipamerkan dengan reka bentuk taman di luar dan di dalam khemah pameran manakala lebih 400,000 tumbuhan berbunga dipamerkan termasuk sebahagiannya adalah dari spesies ros.
Pameran bunga mawar terbesar di negara itu menjadi lebih menarik kerana turut melibatkan penyertaan antarabangsa dari New Zealand, United Kingdom, Amerika Syarikat, Hong Kong, Kanada, Korea Selatan, Taiwan, Jepun, Pakistan, Kenya, Indonesia, Macau dan Thailand.
Istimewanya festival kali ini, kita boleh menyaksikan perarakan bot berhias yang diselaputi pelbagai reka bentuk menawan yang menghangatkan suasana di Tasik Putrajaya selain taman-taman ros yang menyegarkan. Simbahan warna-warni daripada lampu bot berhias itu datang daripada Perarakan Malam Flora Pelancongan Antarabangsa 1Malaysia anjuran Kementerian Pelancongan yang memeriahkan lagi sambutan Floria 2011. Pengunjung juga dapat menyaksikan pertunjukan bunga api pada setiap malam semasa perarakan bot berhias itu diadakan.
Floria kali ini menjanjikan kepada kita bahawa mawar pelbagai warna ada di sekeliling kita dan ada di mana-mana. Puas melihatnya. Memang menyeronokkan dan begitu istimewa…



































I am really satisfied with this posting that you have given us. This is really a stupendous work done by you. Thank you and looking for more posts
My site is Cheap Hosting.