Pandang Pertama Honda CBR250R

Kategori 250cc bakal dipanaskan lagi dengan kemunculan mesin dari Honda pada tahun 2011. Ianya bukan lagi khabar-khabar angin tapi pasti akan muncul di pasaran Malaysia pada tahun ini.
1. Apakah Honda sedang mencabar Kawasaki yang sedang bermaharajalela dengan mesinnya Ninja 250R 2 silinder? Sedangkan CBR250 ini hanya memiliki 1 silinder.
Apa yang pasti CBR250R yang muncul dengan single silinder 249.4cc dengan rekabentuk seakan VFR1200 sangat mengujakan saya. Nampak kesungguhan Honda sedang memecah monopoli Kawasaki bagi kategori 250.
2. Namun Honda berikan kelebihan pada suapan bahan apinya dengan menggunakan sistem pancitan bahan api (PGM-FI) manakala Ninja250R menggunakan sistem karburator.
Satu lagi kelebihannya walaupun hanyalah ‘option’ iaitu sistem gabungan brek hadapan dengan belakang dilengkapi ABS. Ada ongkos lebih jangan lupa pilihan ini amat berguna terutama menunggang dalam keadaan hujan.
3. Berapa harganya? saya tak pasti tapi tak mungkin berada di bawah paras RM20k. Tunggu sahaja pengumuman Honda.
Kepada penunggang baru hendak berjinak dengan superbike ini merupakan model permulaan yang baik. Kuasanya agak jinak tapi kita pasti Honda tidak akan kecewakan peminatnya.
Macam tak percaya tempat kelahirannya amat hampir dengan kita iaitu di Thailand. Kepada yang tinggal di Utara ianya satu kelebihan kerana limpahan peralatan aksesori yang canggih dan murah dengan mudah boleh diperolehi
Lihat spesifikasi Honda CBR250R
enis Enjin: Sejukan cecair, empat lejang silinder tunggal
Sesaran: 249.4cc
Gerek x Lejang: 76mm x 55mm
Nisbah Mampatan: 10.7:1
Sistem Injap: DOHC; empat injap setiap silinder
Pancitan Petrol: PGM-FI
Pencucuhan: Kawalan komputer digital elektronik
Transmisi: Enam kelajuan
Suspensi Depan: 37mm fork
Suspensi Belakang: Pro-Link single shock dengan lima kedudukan pelarasan prabeban
Brek Hadapan: Tunggal 296mm cakera dengan dua omboh angkup Nissin
Brek Belakang: Tunggal 220mm cakera dengan angkup omboh tunggal
ABS(Pilihan)
Tayar Hadapan: 110 / 70-17 jejari
Tayar Belakang: 140 / 70-17 jejari
Jarak Roda: 1369 mm
Tinggi Pelana: 784.8 mm
Kapasiti Minyak: 13 liter
Pilihan: Hitam Metalik, Merah / Perak
Berat: 163 KG / 170 KG (ABS)