Keadaan persekitaran tempat kerja

Pastinya tempat kerja merupakan tempat di mana kita banyak meluangkan masa seharian.Ada orang tempat kerja selesa dan ada yang tidak.Soal keselesaan adalah subjektif bergantung kepada pandangan masing-masing.Kalau engineer di kilang elektronik memang sentiasa di dalam persekitaran berhawa dingin demi memastikan komponen elektronik tidak mudah rosak.

Kalau jurutera awam yang bekerja di tapak pembinaan sudah tentulah topi putih menjadi pelindung dari terik matahari.Para doktor pula biasanya tidak mempunyai bilik sendiri.Usahkan diberi laptop atau komputer bahkan meja sendiri juga tiada.Sebab kerja mereka tidak perlukan semua itu.Bagi bos di hospital sahaja yang ada bilik sendiri sebab terlibat dengan kerja pentadbiran.Lebih baik ruang kosong dimanfaatkan dengan menambah bilangan katil pesakit dan peralatan perubatan.

Anda mahu bilik yang besar,meja kerja yang nampak mewah,lantai yang disaluti permaidani tebal sehinggakan terbenam kaki memijaknya,lukisan yang berharga ribuan ringgit,dan pelbagai lagi kemewahan?Anda jadi bos di syarikat sendiri la.Haha.Boleh kalau anda jadi pegawai atasan di sektor kerajaan.

Dulu meja kerja aku di kilang wayar betul-betul depan meja bos.Hanya pengurus kilang ada bilik sendiri.Situasi tempat kerja aku menjadi semakin teruk di kilang elektronik sebab meja panjang macam di siber kafe dan komputer terpaksa berkongsi.

Bunyi bising,bau bahan kimia sudah menjadi lumrah semasa bekerja.Sampaikan sudah lali.Peraturan keselamatan yang memerlukan pemakaian alat PPE hanya diguna pakai ketika pemeriksaan oleh DOSH.Aku masih bernasib baik sebab bukan duduk lama di mesin berbanding dengan operator.Tengoklah macam mana gambar di bawah

Walaupun teruk mana pun persekitaran tempat kerja kita,cuba kita bandingkan dengan mereka yang di sini.Pastinya anda terasa yang anda masih lebih baik daripada mereka.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Comments: 1 Comment

One Response to “Keadaan persekitaran tempat kerja”

  1. Brain Rehse says:

    You are a very capable person!

Leave a Reply