Cara Dan Teknik Bersetubuh Untuk Mendapat Anak Lelaki

Cara Dan Teknik Bersetubuh Untuk Mendapat Anak LelakiArtikel ini ditulis berasaskan hasil laporan kajian oleh penyelidik jantina bayi Alicia Pennington dalam Bahasa Inggeris tentang cara bersetubuh dan pemakanan ibu bapa untuk mendapat anak lelaki.

Walaupun jantina anak tidak dapat dikawal, tetapi banyak penyelidikan di negara barat telah mencadangkan bahawa ia berkait rapat dengan cara bersetubuh suami isteri.

Sperma suami boleh dibahagikan kepada jenis X dan Y. Untuk mendapat anak lelaki, sperma Y suami harus bersepadu dengan ovum isteri. Sebaliknya, persepaduan sperma X dengan ovum akan menghasilkan anak perempuan.

Sperma Y mempunyai ciri-ciri yang amat berbeza dengan sperma X. Umpamanya, ia suka kepada keadaan berasid. Selain itu, ia berenang lebih pantas dari sperma X tetapi kurang berstamina untuk jarak jauh. Berasaskan pengetahuan ini, suami isteri boleh merubah cara bersetubuh untuk meningkatkan kebarangkalian mendapat anak lelaki.

Untuk mendapat putera, si isteri harus berasa dalam keadaan ghairah semasa bersetubuh. Ini kerana cecair faraj bersifat asid dan ia memberi kelebihan kepada renangan sperma Y.

Merangsang isteri sebelum bersetubuh

Si suami harus mengambil masa membelai dan merangsang kemahuan seks isteri. Suasana romantik dan kata-kata manis penting untuk merangsang isteri.

Selain itu, suami juga boleh menggunakan jejari untuk meraba dan merangsang bukaan dan G spot faraj (2-3 inci dari bukaan faraj, di dinding atas saluran faraj dalam posisi isteri berbaring rata).

Teruskan rangsangan dengan jari sehingga faraj isteri basah sebelum mula bersetubuh.

Cara Bersetubuh

Pilihlah posisi bersetubuh yang dapat memberi tusukan yang mendalam semasa pancutan untuk mengurangkan jarak renangan sperma kerana sperma Y lincah tetapi kurang berstamina. Antara cara bersetubuh yang sesuai untuk tujuan ini adalah Posisi Seks Kaki di Bahu and CARA BERSETUBUH DENGAN BANTAL DI BAWAH PUNGGUNG ISTERI.

Semasa suami memancutkan air mani, pastikan tusukan mendalam. Lapikan bantal di punggung isteri untuk memastikan air mani mengalir ke rahim dengan mudah. Sebaik-baiknya persetubuhan dilakukan semasa isteri berovulasi kerana sperma Y tidak dapat bertahan lama.

Harus diingat cara bersetubuh cuma meningkatkan peluang sperma Y bersepadu dengan ovum untuk mendapat putera. Manusia berusaha, Tuhan yang menentukannya. Anak itu kurniaan Tuhan. Kita harus menerima kurniaNya dengan penuh kesyukuran tanpa mengira jantina.

Besok, Farah akan mengupas cara bersetubuh untuk mendapat anak perempuan. Nantikan post besok jika anda mengimpikan seorang puteri.

Teknik Lambat Pancut      >> klik sini <<

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Comments: Leave a Comment

Leave a Reply