Membentuk Landskap Kediaman | Kediaman Mewah Dan Damai
Membentuk Landskap Kediaman | Kediaman Mewah Dan Damai
- Lot Banglo

WAJAH SEGAR TAMAN ALA RESORT ALA THAI
Pengalaman menghuni unit kondominium di Mont Kiara sebelum ini membuatkan pemilik memasang cita-cita memiliki sebuah kediaman atas tanah atau landed property. Pencarian pemilik, Catherine Taylor menemui noktah apabila unit banglo yang terletak di Valencia, Sungai Buloh menepati ciri-ciri dicari selama ini. Perjalanan team LAMAN kali ini sekali lagi ditemani Suhaimi Saadon pereka bentuk landskap yang bertannggungjawab mereka bentuk taman pemilik. Valencia adalah antara kawasan perumahan elit dan eksklusif yang terletak di pinggir ibu kota dan sememangnya penulis membayangkan garapan idea pemilik serta buah tangan Suhaimi Saadon pasti tidak akan mengecewakan.
Konsep kediaman tanpa pagar di kawasan perumahan ini membuahkan ilham kepada pemilik untuk mewujudkan sebuah landskap yang berfungsi sebagai tabir atau screening antara unitnya dengan kediaman lain. Dalam masa sama beliau juga amat meminati konsep resort tropika justeru ingin menjadikan landskap kediamannya laksana sebuah resort. Tanpa melakukan pengubahsuaian besar terhadap struktur kediaman, tumpuan diberi secara keseluruhan dalam menata taman dengan harapan ia dapat memberi impak kepada visual keseluruhan kediaman.
“Saya sangat meminati seni dekorasi ala resort tropika. Jika melihat kepada sentuhan saya untuk ruang dalaman dapat dilihat betapa pengaruh ilham resort Thai memenuhi segenap inci kediaman. Oleh yang demikian saya juga mahukan landskap kediaman mempunyai kesinambungan unsure reka bentuk yang sama. Gabungan kerjasama antara saya dan Suhaimi Saadon iaitu pereka bentuk landskap pilihan membuahkan hasil cemerlang seperti diingini,” hurai Catherine membuka bicara awal pagi itu.
Mahukan sesuatu yang lain daripada lain, pemandangan di ruang hadapan kediaman dihidangkan dengan rimbunan kombinasi landskap padat di sebelah kiri serta diseimbangkan oleh pembinaan floating walkway pada bahagian kanan menuju pintu masuk utama. Floating walkway sedalam 1.5 meter dihiasi pot water feature mencipta visual pengulangan menyempurnakan sebuah reka bentuk hebat. Umpama sebuah secret garden, setiap ruang memberi rasa yang berbeza-beza tatkala melakukan penjelajahan. Penataan landskap garapan Suhaimi Saadon banyak memberi tumpuan kepada perincian ruang kecil maka tidak hairanlah apabila berada di sini perasaan bagai digamit untuk meneroka ke seluruh pelusuk taman. Kejutan demi kejutan dalam sebuah taman hebat menyajikan seribu definasi berbeza kepada setiap yang bertandang malah jika dilihat dari bahagian hadapan kediaman pasti tidak menyangka terdapat sebuah kolam renang pada ruang belakang.
“Pelan lantai asal setiap unit tidak didatangkan dengan kolam renang. Pembinaan kolam renang ini bukanlah rancangan asal pada mulanya. Ilham datang saat akhir untuk melengkapkan lagi mood resort yang ingin ditonjolkan. Jika sebelum ini sudutbelakang hanyalah sebuah tanah landai dan kelihatan cukup hambar, tetapi kini tidak lagi. Sudut ini menjadi antara ruang kegemaran seisi keluarga menghabiskan masa,” ulas Catherine panjang lebar sambil wajah cerianya mempamer sebuah kegembiraan.
Kolam renang berukuran 22 kaki x 10 kaki dibina bersambung dengan ruang tamu menyajikan suasana unik dari dalam kediaman. Suasana santai di ruang tamu pasti tidak menjemukan tatkala mata dihidangkan dengan pemandangan indah kolam renang diiringi terpaan lembut tiupan angin. Pancaindera seakan segar ditemani bunyian kocakan air yang datang dari kolam renang berdekatan. Untuk melindungi bahagian kolam renang daripada pandangan luar, deretan tumbuhan palma daripada spesies Yellow Palm serta renek Eugenia oleana (Kelat paya) ditanam sepanjang tembok sebagai screening. Pemilihan spesies Eugenia oleana tidak pernah menghampakan kerana ciri fizikalnya berstruktur padat mampu menyediakan sebuah penghadang pemandangan yang baik.
Selanjutnya dapatkan majalah LAMAN IMPIANA, kini di pasaran!
Tips Menghias Dalam Rumah >> klik sini <<
Hi, this is a comment.
To delete a comment, just log in, and view the posts’ comments, there you will have the option to edit or delete them.
I in addition to my guys happened to be taking note of the excellent guides from your website then before long got a horrible feeling I never expressed respect to the web site owner for those secrets. Most of the women happened to be totally joyful to see them and have in effect sincerely been making the most of these things. Appreciate your being quite kind and also for using this sort of beneficial things millions of individuals are really eager to learn about. My personal honest regret for not expressing gratitude to sooner.